Nuffnang Code

Sunday, February 21, 2016

Bercuti di Ho Chi Minh City, Vietnam ~ Part II

Half day trip to Cu Chi Tunnel
Welcome to CCT
Next day kami ke Cu Chi Tunnel.. seawal jam 8 pg travel agensi dh pick up...perjalanan dari hotel ke CCT yang terletak di Ben Dinh sejauh 50km ambil masa dalam 1 jam 30 minit..kami berhenti  di pusat kraftangan..di mana ko org blh tgk kreatifnye die org menghasilkan lukisan/arca dengan menggunakan kulit telur yg telah dipecahkan..memang teliti dan kemas hasil kerja die org..memerlukan kesabaran yg tinggi nie nk buat..harga??jgn tanye memang mahal kene la ngan cara nk buatnye kan..so cuci mate jeh kat situ..
Kraf drp kulit telur
CCT merupakan tempat wajib dilawati sekiranya bercuti di Vietnam kerana ia merupakan terowong bawah tanah yang dibina sepanjang lebih kurang 220km semasa Vietnam War. kerajaan vietnam masih lagi mengekalkanya untuk tatapan generasi muda dan para pelancong dari dalam dan luar negara. memang syok pergi sini sbb dpt merasai dan melihat bagaimana terseksanya mereka menjalankan kehidupan seharian dan menjadikannya tunnel tersebut sebagai tempat perlindungan ketika menghadapi perang yg bertahun tahun lamanya..
Antara perangkap yg dipamerkan
kami wakilkan shah tuk masuk dlm tu..haha..
Sebelum berangkat pulang, kami sempat merasai pengalaman berada di dalam tunnel tu..memang sempit..ulat gonggok pun sepah2 kat dinding...yg tk laratnye sepanjang jalan kene bongkok je...kejap blh la kut lame2 dlm tu nt takut jadi bongkok kekal pulak lepas keluar..haha..tp u guys kene cube k..sangat menarik...kalau tk no point dtg sini...haha..
 fobia ruang sempit..ulat gonggok bnyk gak..hati2..hihi
Pada sebelah malam kami ke beberapa lokasi tarikan pelancong di sekitar HCM seperti City Hall, Saigon Post Office dan Notre-Dame.
Pemandangan biasa di HCM
yg nie memang sedap..
HCM City Hall
Saigon Central Post Office
Saigon Notre-Dame Basilica

Done 2nd day activity..Next entry nt aku citer pasal half day trip delta mekong pulak yer..wasalam

Pautan Pantas :-

**Segala info yang diberikan adalah valid/sah pada masa perjalanan yang dimaklumakan sahaja..so rajin2 kan diri semak maklumat TERKINI sebelum bercuti k..

Saturday, February 6, 2016

Bercuti di Ho Chi Minh City, Vietnam ~ Part I


Salam..
Entry kali ni aku nk kongsikan pengalaman percutian aku bersama bff ke Ho Chi Minh City. Sebenarnye percutian nie tahun lepas punya cerita...tp tk berkesempatan lg tuk update kat sini.. InsyaAllah aku cuba refresh semula ingatan sepanjang percutian aku di sana tuk dicatatkan dalam enrty ni.

Seperti biasa kami memilih Air Asia sebagai penerbangan rasmi kami tuk kesana..waa poya mcm ditaja padahal byr sendirian berhad..hahaah...tiket murah dlm RM200 return tu terus grab tanpa pikir panjang..Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di Vietnam. memang tk pernah letak dlm wish list pun tuk pergi sini..kalau ada pun mungkin last option..hahahah...sblm nie pernah la jugak dengar cite dr kawan2 yg dah bercuti di sana..konsepnye ala2 Bandung jugak..so makcik2 n kakak2 suke la tempat2 mcm ni sbb blh shopping sakan. Perjalanan dari KUL ke SGN lebih kurang 2 jam.
Tan Son Nhat Airport
Apa yang menarik di HCM? emmm tk bnyk sgt pun yg menarik bagi aku..sbb kebnykn kedai jual kain..haha....tp blh la nk penuhkan aktiviti 5 hari 4 mlm kat sana...antara tempat yg menjadi tumpuan ramai ialah Ben Thanh Market,  Binh Tay Market, Night Market,  Cu Chi Tunnel, Mekong River, Saigon Central Post Office, Saigon Square, Water Puppet dan Hard Rock Cafe. Selain dari tu HCM juge terkenal dengan Kopi Susu die..perghhh kaw gile...aku nie bukan la peminum kopi tp aku memang suke kopi kat sana...terbaik..kene cube. Satu lagi keunikan HCM nie ko org akan terpegun melihat bilangan motor lebih banyak drp kereta...bersepah sepah atas jalan n kdg2 tu kite nk melintas pun takut..haha..bab Makanan halal pulak tk perlu risau kat HCM nie...bnyk restoren halal antaranya Restoran Hjh. Basiroh, Saigon Green House, Restoran Kampung Melayu, Warung 1Malaysia Saigon, Kassim Baba Prata House dan Restoran Serai..kebanyakan restoran tersebut terletak di area Ben Thanh Market..
@ Restoran Hjh. Basiroh
Model Kopi Vietnam..haha
Kopi Susu die terbaikk..
Lepas check in..kami terus ke salah satu travel agensi  iaitu VN Lotos Travel untuk beli pakej lawatan half day ke Cu Chi Tunnel dan Delta Mekong..harga tuk 2 pakej tu tk la mahal tk silap dlm rm100 all in siap pick up dr hotel..
City Hotel area Ben Thanh Market
trip to Cu Chi Tunnel and Delta Mekong
Aktiviti pada 1st day kat sana hanya sempat berkunjung ke night market je...macam2 bende ada jual dari pakaian sampailah ke makanan. murah gak barang2 yg dijual...transaksi kat sana blh dibayar menggunakan Viet Dong atau RM. terpulang la nk byr gunakan matawang yang mana..kadang2 guna RM lagi berbaloi dari guna Viet Dong..
City Center of HCMC 
Night Market
Next entry nt aku akan kongsikan half day trip to Cu Chi Tunnel dan Delta Mekong..InshAllah...Wasalam.

Pautan Pantas :-
Bercuti di Ho Chi Minh City, Vietnam ~ Part II
Bercuti di Ho Chi Minh City, Vietnam ~ Part III

Nota Kaki:
Kadar Tukaran Vietnam Dong pada Mei 2015 : 1M VND = RM 175.00

**Segala info yang diberikan adalah valid/sah pada masa perjalanan yang dimaklumakan sahaja..so rajin2 kan diri semak maklumat TERKINI sebelum bercuti k..