Nuffnang Code

Friday, June 10, 2011

PARIS - Part II



21 April 2011-(Day 1) 
Salam semua. Sihat? moga-moga kita semua sihat hendaknye amin. Untuk makluman semua, ini merupakan kesinambungan kisah percutian aku di bumi Eropah Part I. Haa dalam coretan aku kali ni aku nak berkongsi cerita dengan ko orang sume dan nak bawa ko orang menyelami dan mengikuti kisah perjalanan aku sepanjang berada di sana. Sekurang-kurangnya ko orang dapat la sikit sebanyak info sebelum buat perancangan bercuti di sana kan..Insyaallah.

Kringggggg....Kringggggg....ahhh bising la alarm nih...cis gaggu aku tido je..ermmm...Jam di tepi bantal menunjukan pukul 5.30 am (Waktu France) dan 11:30 am (Waktu Malaysia). Ahhhhh bestnya tido malam tadi. sampaikan aku terlupa nak tutup tv dan lampu. memang letih perjalanan semalam dari Kuala Lumpur ke sini. Tapi hari ni nak tak nak aku kene bangun awal, maklum la hari pertama nak pergi ronda-ronda PARIS. Berkobar-kobar nak melangkah kaki ke luar masa tu.. Ku capai tuala lalu dengan tangkasnya ku membuka jendela dari kamar tempat penginapan ku.Perhhhhhhhhhhhhhhhhh......sejuk siut..memang tak tahan..agak-agak aku time tu 7-8 darjah calcius kut. fuhhh...menggigil kepale lutut..kalau macam ni la tak moo mandi la..hahahahaha....
Selamat Pagi~Morning~Bonjour...
Ready tuk ronda-ronda di Kota Cinta
Pagi-pagi di Paris ni memang busy.. tk kira la weekend ke..weekdays ke..tetap ramai ngan orang. almaklum la Kota Fashion's kan..hhaha...
View from my room
Selapas je mandi dan bersiap, aku pun duduk lalu menjamah la roti yang aku bawa siap-siap dari KL sebagai breakfast aku tuk pagi tu. before that, aku terlebih dahulu menyiapkan beberapa perkara penting untuk dibawa sebelum berangkat meninggalkan bilik. Antara perkara penting tersebut ialah (Passport, Map, Cash, Credit Card, Safety Bag, Junk food, Camera, Mineral Water dan beberapa info penting tentang PARIS).
Map Center Paris
Tepat jam 7:00 am, aku pun berangkat meninggalkan bilik. nasib baik hotel penginapan aku tu betul-betul berhadapan dengan train station. so senangla aku nk bergerak ke mana-mana kan. Keluar je dari hotel wow fresh gile udara..memang terbaek la..tp nak duk lama-lama kat luar tk blh tahan..maklum la masih awal pagi..matahari pun tk muncul lagi..so aku pun cepat-cepat la ke train station tuk meneruskan perjalanan ku pada hari tuh.


Paris Visit Ticket
Untuk makluman ko orang, kalau nak save more money, aku suggestkan ko orang beli tiket Visit Paris. Tiket ni merupakan unlimited used. so ko orang nak guna berapa kali pun tak per. tapi ianya valid samaada untuk 1/2/3/4/5 day saje. bergantung kepada ko orang nak guna berapa hari.. Pass ni ko orang boleh guna untuk perkhidmatan Metro, RER ataupun Bus yang beroperasi untuk Zon 1-3 Paris Sahaja. itu pun sudah memadai tuk kita. sebab attractions place kat Paris ni terletak di dalam Zon 1-3 je. ade la satu dua tempat menarik terletak di luar zon tersebut. so kalau ko org nak pergi zon lain kene la beli tiket lain yer..hehe. bagi aku Pass ni tak mahal pun, malah lagi save tuk kite sume. Satu lagi info tuk ko orang, public transports yang disediakan di sekitar Paris ni memang mudah untuk kita faham. anda perlukan beberapa jam sahaja untuk memahami sistem peangkutan di sana. lepas tu ko orang mesti master dh cara nak guna public transport kat sana..memang gempak dan mudah. cuma kita perlu tahu check point asal kite aje. yang lain tak perlu..hehehe
Saint-Michel - Notre Dame Train Station
SNCF: RER C @  Champ De Mars Tour Eiffel Station
Berbalik pada cerita asal aku tadi, mengikut tantatif program yang aku telah susun tuk perjalanan aku pada hari tuh aku akan melawat beberapa tempat semestinya Eiffel Tower, Louvre Museum dan menaiki Cruise mengelilingi kota Paris.
Attraction Place in PARIS

Eiffel Tower- Tepat jam di tangan pukul 7:35 am (waktu france) aku pun melangkahkan kaki keluar dari RER C di Champ De Mars Tour Eiffel Station. Hati gembira tak terkata..ye la ape tak nye kali ni baru aku percaya yang aku benar-benar berada di Kota PARIS..al maklum la sejak semalam aku sampai aku tk nampak langsung mercu tanda Perancis yang terkenal di seluruh pelusuk dunia tuh..Perjalanan dari train station ke Eiffel Tower tk la jauh..dalam 7 minit je jalan kaki..perjalanan diiringi dengan pemandangan bunga2 berkembang indah dan angin yang boleh membuatkan seluruh badan kita menggigil..heheh...pada masa yang sama mata ku pun meliar memangdang mana die menara eiffel nih...tk nampak pun...setapak demi setapak melangkah ku melangkah tapi still tak nampak lg...mungkin depan lagi kut...hehehe...sampai je tempat yang dituju Wowoooo....CANTIKNYAAAAAAA....terpegun aku melihat keindahan Eiffel Tower dengan seni bina nya yang unik membuatkan aku tk mau kelipkan mata..hahaha....
Eiffel Tower
Spring in PARIS
Ko orang bayangkan..sampai je aku kat kaki menara Eiffel, aku tengok perhhhhhh ramai nye orang nak naek menara tuh..aku ingat aku antara orang yang awal datang..rupanya tidak..hahaha...tp aku ke situ bukan la nak naek menara tuh..cukup sekadar berada dekat ngan menara tu sudah memadai..huhuh...kalau nak naek pun boleh je...harga tk la mahal..berbaloi la dalam 13.4 euro bagi dewasa..tu harga sampai atas skli tau...hehe...so bile dh ada area menara tu biasa la kan..setiap sudut aku tangkap gambar...sume cantik2..ditambah pulak dengan cuaca cerah pada hari tuh..perhhh menang cantik la pemandangan sekitar...Untuk makluman ko orang, aku nasihatkan better ko orang beli cenderahati masa kat Eiffel tower nih..al maklum la kat sekitar menara nih ramai kut niger and orang pakistan jual cenderahati nih...yang paling penting harga memang tersangat murah compare dengan kedai2 cenderahati sekitar paris..padahal bende sama jer..silap2 ko org boleh minta kurang lagi harga..macam kes aku ari tu, die org tawarkan kat aku 5 key-chin Eiffel Tower for 1 euro..but i tk nak..i mintak die tambah 7 for 1 euro..haha...so die pun setuju..then aku pun ambik la dalam 5 euro punye harga..aku nk bayar je die org tunjuk aku Eiffel Tower yg lagi besar..kali ni tuk buat perhiasan kat rumah boleh la..die tawarkan 10 euro..aku tk nak lama2 die org kate OK u take all  for 10 euro..maksudnye 10 euro tu aku bayar untuk Eiffel Tower yang besar n yang kecik2 td..perhhh murah gile...aku pun ape lagi setuju ajer la...hahaha...Thank So MUch...:)
Pelbagai Souvenir ade..
Miniature Eiffel Tower 
Perjalanan ku diteruskan lagi di sekitar kawasan menara eiffel..memang tk bosan berada kat sana..blh tengok gelagat orang..silap2 boleh jumpe orang Malaysia lagi kat sana..memang jumpe pun...ore klate lg...kelazzz...Saat-saat paling indah semasa berada di sana ku abadikan dalam gambar untuk dijadikan kenangan. memang cantik tempat orang..ye la mana la kita tau bile lagi sampai di sana kan..ada rezeki insyaallah sampai la sana...tpkan Malaysia tetap di hati...:)
Picture paling BERMAKNA nih...
Di Kota Paris ni banyak syarikat tourism menawarkan package menarik. Cuma mahal n murah ajer...up to u..mcm aku lebih selese gunakan perkhimatan train or bus. senang nk gerak ke mana ajer..boleh je naek Hop On Hop Off Bus tk mahal pun.. tp tak nak la...hehehe
Hop On Hop Off Bus
Perjalan aku kali ni diteruskan lagi dengan menaiki Paris River Cruise. Rugi la kan kalau dh sampai sana tk  ronda2 Paris ngan cruise nih..menang best..ye la dalam bot tuh ko orang akn di bawa mengelilingi kota Paris. Terbaekk la...dapat tengok bangunan2 di sekitar tebing sungai dan lain2 lagi..pendek kata ko org kene cube naek river cruise nih..
Paris River Cruise
Menuju ke Louvre Museum
Louvre MuseumSelepas puas menaiki cruise mengelilingi kota cinta, aku pun turun kat salah satu tempat yang menjadi daya tarikan pelancong ke Paris selain daripada Eiffel Tower..Perhhhhhhh besar gile LOUVRE MUSEUM nih...memang cantik entrance dia orang pun bentuk Pyramid glass...terpegun aku melihat..die orang masih kekalkan seni bina lama Perancis.
Louvre Museum
Haaa kali ni aku memang nk masuk muzium nih..tk kira beratur panjang ke...yang penting aku dapat masuk dalam. ape tk nye aku nk tengok hasli seni Leonardo Da Vinci yang telah menghasilkan lukisan "BERHANTU" yang berharga jutaan ringgit...sapa lagi Potret Monalisa la..satu dunia tau kut..hehe..
Beratur nk beli tiket~:)
Nampak mcm cuaca panas tp SEJUK k..
Rupanya tk lama pun beratur...kejap je..banyk kaunter ticket rupanya...nk pakai credit card boleh nak melalui kaunter pn boleh. so terpulang kat ko org..tk mahal pun seorang dewasa 10 euro..lepas je masuk, mak oi ramai gile orang kat dalam tuh..nak jalan pun sampai langgar2 bahu...adoiii...yang penting tujuan aku nk tengok gak potret yang menjadi kebanggaan rakyat Perancis tuh..
Ruang legar dlm Louvre Museum
Ermmm sampai je tempat yg dituju ramai gile orang kat situ..sume pegang kamera..biase la kan nak abadikan gambar tuh buat kenang-kenangan...aku pun menyelit-nyelit celah-celah orang..akhirnya dpt la tgk live dari hadapan....meremang bulu roma aku tengok..tk tau kenepa..may be dh ade spirit kut..yer la lukisan tu pun dh beratus ratus tahun kan..pas tu org ramai pulak puja2..hahaha..maungkin aku sejuk sgt kut mase tuh..wkakaka....
Real Monalisa Portrait by Leonardo Da Vinci 
Real Monalisa Portrait belakang tu jer...
Muke letih...:(
Tepat jam di tangan pukul 6:35 pm (waktu France) aku pun pulang ke hotel penginapan. letih kowt..tp seronok..ye la bukan selalu kan pergi sana..esok nak jalan2 tempat lain pulak...so cukuplah untuk perjalanan aku pada hari pertama berada di sana..harap-harap ko orang dapat sedikit info dan enjoy baca entry aku kali ni... nantikan coretan untuk part seterusnya k..adiossss...wasalam...:)

Ringkasan Perjalanan Part II

HotelEiffel Tower ~ Concorde ~ Paris River Cruise ~ Norte DameLouvre Museum

Monday, May 30, 2011

PARIS - Part I

My journey movement form Malaysia to Europe
19 April 2011 – Tarikh yang cukup bermakna dalam hidup aku kerana ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke luar negara...PARIS dan LONDON pulak tu...Perghhhh....ramai kut orang teringin nak ke sana. Memang dari bangku sekolah lagi aku teringin sangat nak ke luar negara, tak kisah la mana-mana asalkan negara tu ade 4 musim (winter/spring/autumn and summer) . Tapi aku fikir bende tu macam mustahil je. maklum la perbelanjaan nak ke sana bukanya murah. Lagi-lagi aku ni bukan kerja besar pun. setidak-tidaknya aku kene kumpul duit 5-10 tahun baru boleh nak ke sana. SYUKUR ALHAMDULILAH angan-angan ku nak ke sana akhirnya termakbul. Ini merupakan hadiah paling BEST aku terima semasa birthday aku yang ke-25. Cuba ko orang bayangkan sebelum ni aku tak pernah berpengalaman lagi berkunjung ke negara lain melainkan hanya "Cuti-cuti Malaysia", itu pun Malaysia aku tak habis   ronda-ronda lagi. Kali ni aku berpeluang bercuti ke Europe dengan Qatar Airways "5 Star Airlines". Thank Qatar Airways because you make my dream become true...luv u so much..muahhhh...:)
Important documents
Cash EURO
" ...Flight ticket, passport, reservation hotel, credit card, cash, outfit, food, map, and all important documents sume dah ready...its time to fly...Paris here i come..." 
KLIA
My BFF -Man-
10:30 PM waktu Malaysia, aku pun bertolak ke KLIA. Saje bertolak awal bagi memastikan tiada masalah kelewatan timbul nanti. Setibanya di KLIA, aku terus ke Fast Bag Drop Counter. Nasib baik aku dah Online Check-in, kalau tidak beratur panjang la nampaknye. Maklum la Airbus kan. Setidak-tidaknya 200-250 passengers.  Sepanjang menunggu waktu untuk boarding, macam-macam perasaan timbul dalam diri, gembira ada, takut pun ade. Maklum la kali pertama nak jejak kaki ke negara asing. Tapi aku yakin dengan berbekalkan semangat dan pengetahuan yang hanya ku perolehi dari internet,majalah, kawan-kawan InShaAllah semua yang aku rancang sepanjang berada di sana berjalan dengan lancar disamping berserah kepada Allah S.W.T berdoa agar di permudahkan perjalanan ku, Amin...
Boarding Time
Bismillah...Tepat jam 3:35 AM (waktu orang tengah dibuai mimpi) aku pun berlepas dari KLIA dengan Pesawat  A330-300 (QR 623) ke Doha, Qatar yang perjalananya mengambil masa selama 7 jam 20 minit . (KUL - DOH -CDG) Penerbangan jarak jauh menggunakan Qatar Airways akan mengambil masa yang agak panjang kerana para penumpang perlu transit di Doha untuk beberapa jam sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju.
Credit : Airplane-Pictures.net
Bye2 Malaysia
Sepanjang penerbangan itu, aku dan penumpang lain dilayan dengan cukup mesra oleh cabin crew. Biarpun hanya ekonomi class tapi layanan yang diberikan memang terbaik. Tempat duduk luas, makanan pun best-best, pendek kata memang sesuai sangat Qatar Airways ni menerima penganugerahan "5 Star Airlines" by Skytrax.
Memang terbaekk..
Berbalik semula cerita pasal perjalanan aku tadi, maklum la perlajanan awal pagi kan, so aku dan penumpang lain lena dibuai mimpi sampaikan ada yang berdengkur. itu yang paling tak tahan. kalah bunyi enjin flight. Tiba di Doha International Airport, Qatar pada jam 6:00 AM (Waktu Qatar). Alangkah terkejutnya aku setibanya di sane, bayangkan waktu tu baru pukul 6 pagi, panasnya macam tengahari kat Malaysia.
Doha International Airport, Qatar
View from Transit Terminal
Turun je dari pesawat aku dibawa menaiki bas untuk ke terminal transit. Wow..ramai gile orang kat dalam terminal tu. Macam-macam orang boleh jumpa kat sana dari seluruh pelusuk dunia. Maklum la, kat terminal tu dia orang kene transit dulu sebelum menyambung ke penerbangan seterusnya. macam-macam kerenah orang boleh lihat ade yang tidur, ade yang shopping kat Duty Free Shop dan lain-lain lagi. Problem masa kat Doha, beteri handphone pulak habis..mana tk nye aku lupe charge handphone mase tu..so perjalanan panjang kan..habis la beteri tuh..nak wifi pun tk boleh lagikan nk ber SMS...adoii..tujuanya just Nak inform my parent and my lovely friends yang aku dh sampai Doha, tapi nak buat mcm mana, no choice dah..nak guna public phone sane tak pandai..dah cube tapi tak boleh..ermm....so nak tk nak tunggu la aku sampai destinasi yang dituju baru aku bagi tahu status aku kat sana..mesti time tu die orang risau sangat..tapi tak pe, aku selamat mase kat Doha. Alhamdulilah..Setelah transit selama 2 jam 20 minit, check-in counter untuk penerbangan A340-600 (QR 019) ke Paris pun dibuka. Bayangkan, aku baru je bangun dari tempat duduk tengok-tengok orang dah Q panjang dah tuk Check-in. Maklum la kali ni pesawat yang digunakan lebih besar dari pesawat yang aku naik tadi. Selepas selesai immigration checking, aku pun dibawa menaiki pesawat tersebut.
Go To Gate for PARIS
Economy Class Airbus A340-600 (2-4-2)
Ready for Departure
Credit: Airplane-Pictures.net
City of Doha, Qatar
Bandaraya Doha jelas kelihatan selepas saje take off . Mamang cantik dan tersusun. Kali ni perjalanan akan mengambil masa selama 7 jam 15 minit.  Memang meletihkan. Almaklum la seharian tak mandi...hahaha,,sepajang perjalanan Doha ke Paris aku memang tak boleh tidur. tak tau kenapa. Mungkin teruja sangat kut. Jadi aku pun layan la entertainment yang disediakan, main game, tengok movie. Tengah-tengah layan movie pandangan ku tertarik kat satu view ni. perghhhh...cantiknya banjaran Alps diliputi dengan salji..menang Terbaekk la.... rase nak terjun je ke bawah mase tu..lagi la berkobar-kobar hati ni..ape tk nya itu kan area Switzerland..so dh dekat sangat ngan France dh....
Alps covered by snow

20 April 2011 BONJOUR...Tepat jam 2:25 PM(Waktu France), 9:25 PM (Waktu Malaysia) pesawat yang membawa aku pun selamat landing di International Airport Charles De Gaulle (CDG Airport), PARIS. ALHAMDULILAH..hati berdebar bercampur gembira bila hendak melangkahkan kaki keluar dari pesawat. Semua penumpang tersenyum gembira mungkin ade yang sama macam aku datang ke Paris untuk bercuti atau mungkin ada yang pulang ke kampung halamam masing-masing tuk berjumpa sanak saudara.
Spring time at France
CDG Airport, Paris
Bonjour...Welcome To PARIS
International Airport Charles De Gaulle, PARIS
..."Thank you for choosing Qatar Airways, See you again...", lepas je dengar announcement tu aku dengan pantasnya bangun lalu mengambil backpack yang terletak dalam compartment di atas kepale, dengan harapan dapat keluar cepat memandangkan ramai passengers masa tu. Tengok-tengok kene tunggu jugak. lama pulak tu..hehehe...maklum la satu pintu je di buka bagi memastikan semua passengers melalui immigration checking. Jantung berdegup, kaki menggigil, perasaan tak tentu arah mula menyelubungi tubuh ku..rasa macam tak nak kuar je dari pesawat. macam tak caya aku samapi sana..nk  buat macam mana nak tak nak aku kene gak lalui sume tu ngan keberanian dan keyakinan diri yang ada dalam diri aku ni. Takut gak mane tau sangkut mase immigration checking. ishh ape la aku ni kan lelaki nk takut ape kan..hehe... tapi alhmdulilah rupanya senang je orang Malaysia nak masuk France. Untuk makluman, kita ni antara negara yang bertuah kerana kita hanya memerlukan passport sahaja untuk masuk ke negara-negara eropah bagi tempoh maksimum 3 bulan. Jadi tk perlu la memohon visa sekiranya percutian anda dalam lingkungan tempoh tersebut.
Paris here i come.. 
Bonjour...Merci
Selapas immigration checking, aku terus ke tempat luggage tuk ambil check-in bag . lama gak tunggu. takut gak mane tau tak sampai pulak kan..hehe...dalam kepala masa tu nak mencari di mana lokasi hotel yang aku dah booked. ye la aku nak rest puas-puas..almaklum la perjalanan almost 16 hours..fuhhh..Selepas je bag sampai, aku pun terus mengikut plan yang aku dah buat sebelum aku berangkat ke sini. Aku kene menaiki CDGVAL ala macam train dari Main Terminal Building KLIA ke Setelite Terminal kat KLIA tuh. same je function die..menghubungkan antara satu terminal ke terminal lain. 
CDGVAL- Transit to Terminal 2 and 3
So berasarkan maklumat yang aku ade, aku kene pergi ke Terminal 3 dengan menggunakan CDGVAL dari Terminal 1. After that, aku  kene amik RER B dimana hanya  train ni sahaja beroperasi untuk ke Center Paris (Paris By Train) dari CDG Airport dengan tambang sebanyak 8.70 euro sehala (harga ni mungkin berubah dari semasa ke semasa). Terdapat 2 cara bagi pembelian tiket samaada melalui kaunter tiket ataupun mesin tiket automatik yang disediakan. Untuk makluman, sekiranya anda mahu membeli tiket menggunakan mesin tiket automatik, sila pastikan anda menggunakan kad kredit microcip. Ini kerana mesin tersebut hanya boleh menerima transaksi daripada kad kredit seumpama itu sahaja. so berbalik semula pada cerita aku tadi, memang terbaik  service train ni..setiap kekerapan 10-15 minit train akan tiba di station, jadi tak la lama menunggu kan. perlajanan ke GDN Station ambil masa dalam 30 minit.
Paris by Train
SNCF - RER B (Blue line)
Setibanya aku di  Gare Du Nord Station, aku pun turun tuk mencari hotel tempat aku menginap. tk sabar rasanya aku nk merasai cuaca di PARIS sebab dari mula aku keluar pesawat sampai la ke station ni aku tk berpeluang lagi untuk keluar. Selepas je keluar dari pintu utama, perhhhhhhh nyamanya udara..sempat la kejap sembur nyamuk sblm menuju ke Kyriad Hotel (Hotel tempat aku menginap) untuk Check-in. hotel penginapan ni betul-betul berhadapan dengan GDN Station..lepas dpt kunci terus masuk bilik tgk2 dpt pulak bilik betul2 hadap station tu memang rezeki la kan view memang cantik... Harga yang ditawarkan pun cantik gak..hahaha... Aku memang sengaja memilih tuk menginap di hotel nie  kerana ianya memudahkan aku untuk bergerak samaada menggunakan perkhidmatan Metro/RER/Tram sekitar kota Paris.
France flag
View from my room, GDN Station
International Train Station
Kyriad Hotel
Double Standard Room at 85 Euro per night
Alhamdulilah Part I punya cerita habis di sini. Nantikan kesinambungan cerita ini dalam PART II sebab aku nak bawa ko orang menyelami dan mengikuti kisah perjalanan aku sepanjang berada di sana. Sekurang-kurangnya ko orang dapat la sedikit sebanyak info sebelum membuat perancangan bercuti ke sana kan.. Adios....Wasalam..:)

Ringkasan Perjalanan Part 1

KUL (Kuala Lumpur Airport) ~ DOH (Doha -Transit) ~ CDG (Charles De Gaulle Airport) ~ GDN (Gare Du Nord, Paris - Hotel)


Credit: Picture for Airbus A330-300 and Airbus A340-600 from Airplane-Pictures.net

Pautan Pantas:-
PARIS - Part II
PARIS - Part III

**Segala info yang diberikan adalah valid/sah pada masa perjalanan yang dimaklumakan sahaja..so rajin2 kan diri semak maklumat TERKINI sebelum bercuti k..