Entry kali ni aku nk kongsikan pengalaman percutian aku bersama bff ke Ho Chi Minh City. Sebenarnye percutian nie tahun lepas punya cerita...tp tk berkesempatan lg tuk update kat sini.. InsyaAllah aku cuba refresh semula ingatan sepanjang percutian aku di sana tuk dicatatkan dalam enrty ni.
Seperti biasa kami memilih Air Asia sebagai penerbangan rasmi kami tuk kesana..waa poya mcm ditaja padahal byr sendirian berhad..hahaah...tiket murah dlm RM200 return tu terus grab tanpa pikir panjang..Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di Vietnam. memang tk pernah letak dlm wish list pun tuk pergi sini..kalau ada pun mungkin last option..hahahah...sblm nie pernah la jugak dengar cite dr kawan2 yg dah bercuti di sana..konsepnye ala2 Bandung jugak..so makcik2 n kakak2 suke la tempat2 mcm ni sbb blh shopping sakan. Perjalanan dari KUL ke SGN lebih kurang 2 jam.
|
Tan Son Nhat Airport |
Apa yang menarik di HCM? emmm tk bnyk sgt pun yg menarik bagi aku..sbb kebnykn kedai jual kain..haha....tp blh la nk penuhkan aktiviti 5 hari 4 mlm kat sana...antara tempat yg menjadi tumpuan ramai ialah Ben Thanh Market, Binh Tay Market, Night Market, Cu Chi Tunnel, Mekong River, Saigon Central Post Office, Saigon Square, Water Puppet dan Hard Rock Cafe. Selain dari tu HCM juge terkenal dengan Kopi Susu die..perghhh kaw gile...aku nie bukan la peminum kopi tp aku memang suke kopi kat sana...terbaik..kene cube. Satu lagi keunikan HCM nie ko org akan terpegun melihat bilangan motor lebih banyak drp kereta...bersepah sepah atas jalan n kdg2 tu kite nk melintas pun takut..haha..bab Makanan halal pulak tk perlu risau kat HCM nie...bnyk restoren halal antaranya Restoran Hjh. Basiroh, Saigon Green House, Restoran Kampung Melayu, Warung 1Malaysia Saigon, Kassim Baba Prata House dan Restoran Serai..kebanyakan restoran tersebut terletak di area Ben Thanh Market..
|
@ Restoran Hjh. Basiroh |
|
Model Kopi Vietnam..haha |
|
Kopi Susu die terbaikk.. |
Lepas check in..kami terus ke salah satu travel agensi iaitu VN Lotos Travel untuk beli pakej lawatan half day ke Cu Chi Tunnel dan Delta Mekong..harga tuk 2 pakej tu tk la mahal tk silap dlm rm100 all in siap pick up dr hotel..
|
City Hotel area Ben Thanh Market |
|
trip to Cu Chi Tunnel and Delta Mekong |
Aktiviti pada 1st day kat sana hanya sempat berkunjung ke night market je...macam2 bende ada jual dari pakaian sampailah ke makanan. murah gak barang2 yg dijual...transaksi kat sana blh dibayar menggunakan Viet Dong atau RM. terpulang la nk byr gunakan matawang yang mana..kadang2 guna RM lagi berbaloi dari guna Viet Dong..
|
City Center of HCMC |
|
Night Market |
Next entry nt aku akan kongsikan half day trip to Cu Chi Tunnel dan Delta Mekong..InshAllah...Wasalam.
Pautan Pantas :-
Bercuti di Ho Chi Minh City, Vietnam ~ Part II
Bercuti di Ho Chi Minh City, Vietnam ~ Part III
Nota Kaki:
Kadar Tukaran Vietnam Dong pada Mei 2015 :
1M VND = RM 175.00
**Segala info yang diberikan adalah valid/sah pada masa perjalanan yang dimaklumakan sahaja..so rajin2 kan diri semak maklumat TERKINI sebelum bercuti k..