Nuffnang Code

Thursday, February 21, 2013

Cuti-cuti KOREA...Part V

Perjalanan pada hari nie paling menyeronokkan...apa tak nya kami akan ke salah satu taman tema terbesar di Korea yang dikenali sebagai Lotte World "A World of Magic and Fantasy" ...Woww..
Main Entrance to Magic Island
Credit Pic From i-mockery.com
Perjalanan dari pusat bandar Seoul ke Lotte World mangambil masa selama 45 minit dengan menggunakan subway dengan anggaran tambang sebanyak 1100 Won untuk perjalanan sehala. Setibanya di Jamsil Station, kami pun terus mendapatkan ticket masuk yang berharga sekitar 40,000 won seorang.

LotteWorld Here we come..:)
Fuyooo...itu perkataan pertama sejurus masuk ke dalam Lotte World nih..memang cantik, tersusun dan terbaekk lah...rugi kalau ke Korea tk pg sini...kami diberikan map untuk memudahkan urusan mencari lokasi bagi setiap attaraction yang ada di sana. Memang rambang mata tak tau mana satu nk main dahulu...

Lotte World Adventure
Untuk makluman, Lotte World ni merupakan the 1st Team Park in Korea yang mempunyai indooor team park terbesar di dunia...ianya terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu Adventure Lotte World (terletak di dalam bangunan) dan Lotte World Magic Island (terletak di bahagian luar).

Kami memulakan perjalanan di bahagian Adventure park dahulu sebelum ke Magic Island. Nk dijadikan cerita, pilih punya pilih kami pun memilih untuk main cawan pusing sebagai permainan pertama bagi memenuhi permintaan penjaga permainan tersebut yang sibuk lambai2 kami suruh main menatang tuh...NAHHH amik ko..lepas je cawan tu bhnti.. terpakse kami telan penadol..taubat tk moo dh naek cawan tuh...berpusing-pusing kepale...hilang mood nk main game yang lain...cis...tp nasib la tk lame pening tuh..so dpat la main game2 yang lain...nk tau lebih kne la gi sane n try ok....hehehe

Perarakkan watak2 kartoon Lotte World


menuju ke Magic Island Pulak
Setelah hampir 3 jam berada di Adventure Lotte World dan menyaksikan perarakkan watak-watak kartoon...kami pun terus keluar untuk ke Magic Island..Banyak gak game2 dekat Magic Island nih...antara yang menjadi perhatian ramai ialah Gyro Drop dan Gyro Swing...Perhhhhh....rase mcm gugur jantung....hahah...terbeekkk...kat Malaysia tk der lg team park menawarkan game mcm nie...kalau nk tgk mcm mane game tu berfungsi gi la search kat youtube...hihihi...

Ku di alam fantasi yer man...

Waikiki Wave~tingtong naek mende nih...

Are u Ready MFB?
Terbaekkk...thank man for the pic..:D


Lepas puas main game2 yang ade kat sane, kami pun terus pulang ke hotel...walaupun letih tp memang berbaloi dengan apa yang dibelanjakan...Thank pada yang sempat singgah kat blog aku nie..wlaupun sempoi tp Insyaallah ianya dapat memberi anda sedikit sebanyak info kan..hehehe...sory juga kalau ade kekurangan dalam setiap entry yang aku berikan.....ianya sekadar berkongsi pengalaman yang ade...:)

Nantikan entry yang terakhir untuk percutian aku ke korea...ok...Thanks.......:D

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai LotteWorld, anda boleh la klik link kat bawah yer.



**Segala info yang diberikan adalah valid/sah pada masa perjalanan yang dimaklumakan sahaja..so rajin2 kan diri semak maklumat TERKINI sebelum bercuti k..

Cuti-cuti KOREA...Part IV

Salam Semua....lama dh aku tk update pasal percutian nih.. busy ngan keje..so tk sempat nk update..Ikuti sambungan seterusnya ok.. 
Pada hari berikutnya, aku telah pun pergi ke Namsan Seoul Tower. Perjalanan ke dari hotel penginapan ke Namsan cable car mangambil masa lebih kurang 30 minit dimana ianya termasuklah menggunakan perkhidmatan subway + jalan kaki mendaki bukit. Tak susah nk cari Namsan Seoul Tower nih sbb ianya merupakan salah satu tempat tarikan pelancong di Seoul. Terdapat beberapa pilihan hendak ke sana samaada menaiki Cabel Car, Bus ataupun Oreumi (Lift Condong) yang disediakan. Terpulang kepada anda...Macam kami memilih untuk menaiki Cabel Car dengan bayaran sebanyak 7,500 Won untuk perjalanan pergi dan balik. Terbaekk...

Untuk mengetahui lebih lanjut cara hendak ke sana sila rujuk link di bawah...

http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_6.jsp?gotoPage=1&cid=1197589&out_service=

N Seoul Tower
Nak sepak ape mannn....
Harga yang dikenakan untuk menaiki tower tersebut sekitar 8,000 Won. Kami tidak pun bercadang untuk menaikinya cukup sekadar menikmati keindahan dengan mengabadikannya dalam bentuk gambar.hehehe..

"Love Locks"
Di sekitar N Seoul Tower, anda akan dapat melihat beribu-ribu "Love Locks" yang disertai dengan kata-kata chinta.
Entrance to Teddy Bear Meseum

Selain dari itu, tarikan lain di N Seoul Tower adalah Teddy Bear Museum dimana ia menggunakan teddy bear yang cute2 untuk menceritakan tentang sejarah Seoul dari zaman dahulu hingga sekarang. Cuba la masuk sure tk nak balik...hahaha....Bayaran yang dikenakan tk mahal pun sebanyak 5,000 Won. Kalau nk lagi save better amik pakej masuk untuk N Seoul Tower + Teddy Bear Meseum = 12,000 Won jeh...


Setelah hampir 3 jam kami berada di atas, kami mangambil keputusan untuk ke lokasi seterusnya iaitu Myeongdong Street yang terkenal dengan jolokan syurga membeli-belah di Kota Seoul. Terdapat pelbagai gedung jualan termasuklah pakaian, makanan dan minuman yang dijual dengan harga yang bepatutan. So kalau nk beli barang tu pandai2 la tawar menawar yer...:)

Perjalanan pada hari tersebut diakhiri dengan menikmati Nasi Bryani di Restoran Little India Seoul yang terletak di Iteawon Street. MemangTerbaekkk...maklum la lapar makanan ala-ala Malaysia kan...so belasah je lar...sedap tk sedap lain citer...asalkan halal ok...

Terangkatttt siut..
Nantikan kisah perjalanan aku dalam part yang seterusnya ok.....lagi menarik wooo..kite ke team park pulak...hehehe...sikit je lagi ade 2-3 tempat je lagi aku nk citer...lepas tu kite masuk citer lain pulak k...adiossss....Wasalam...:)

Cuti-cuti KOREA...Part V

**Segala info yang diberikan adalah valid/sah pada masa perjalanan yang dimaklumakan sahaja..so rajin2 kan diri semak maklumat TERKINI sebelum bercuti k..