My journey movement form Malaysia to Europe |
Important documents |
Cash EURO |
KLIA |
My BFF -Man- |
Boarding Time |
Credit : Airplane-Pictures.net |
Bye2 Malaysia |
Memang terbaekk.. |
Doha International Airport, Qatar |
View from Transit Terminal |
Go To Gate for PARIS |
Economy Class Airbus A340-600 (2-4-2) |
Ready for Departure |
Credit: Airplane-Pictures.net |
City of Doha, Qatar |
Alps covered by snow |
20 April 2011 –BONJOUR...Tepat jam 2:25 PM(Waktu France), 9:25 PM (Waktu Malaysia) pesawat yang membawa aku pun selamat landing di International Airport Charles De Gaulle (CDG Airport), PARIS. ALHAMDULILAH..hati berdebar bercampur gembira bila hendak melangkahkan kaki keluar dari pesawat. Semua penumpang tersenyum gembira mungkin ade yang sama macam aku datang ke Paris untuk bercuti atau mungkin ada yang pulang ke kampung halamam masing-masing tuk berjumpa sanak saudara.
Selapas immigration checking, aku terus ke tempat luggage tuk ambil check-in bag . lama gak tunggu. takut gak mane tau tak sampai pulak kan..hehe...dalam kepala masa tu nak mencari di mana lokasi hotel yang aku dah booked. ye la aku nak rest puas-puas..almaklum la perjalanan almost 16 hours..fuhhh..Selepas je bag sampai, aku pun terus mengikut plan yang aku dah buat sebelum aku berangkat ke sini. Aku kene menaiki CDGVAL ala macam train dari Main Terminal Building KLIA ke Setelite Terminal kat KLIA tuh. same je function die..menghubungkan antara satu terminal ke terminal lain.
Ringkasan Perjalanan Part 1
Credit: Picture for Airbus A330-300 and Airbus A340-600 from Airplane-Pictures.net
Pautan Pantas:-
PARIS - Part II
PARIS - Part III
**Segala info yang diberikan adalah valid/sah pada masa perjalanan yang dimaklumakan sahaja..so rajin2 kan diri semak maklumat TERKINI sebelum bercuti k..
Spring time at France |
CDG Airport, Paris |
Bonjour...Welcome To PARIS |
International Airport Charles De Gaulle, PARIS |
..."Thank you for choosing Qatar Airways, See you again...", lepas je dengar announcement tu aku dengan pantasnya bangun lalu mengambil backpack yang terletak dalam compartment di atas kepale, dengan harapan dapat keluar cepat memandangkan ramai passengers masa tu. Tengok-tengok kene tunggu jugak. lama pulak tu..hehehe...maklum la satu pintu je di buka bagi memastikan semua passengers melalui immigration checking. Jantung berdegup, kaki menggigil, perasaan tak tentu arah mula menyelubungi tubuh ku..rasa macam tak nak kuar je dari pesawat. macam tak caya aku samapi sana..nk buat macam mana nak tak nak aku kene gak lalui sume tu ngan keberanian dan keyakinan diri yang ada dalam diri aku ni. Takut gak mane tau sangkut mase immigration checking. ishh ape la aku ni kan lelaki nk takut ape kan..hehe... tapi alhmdulilah rupanya senang je orang Malaysia nak masuk France. Untuk makluman, kita ni antara negara yang bertuah kerana kita hanya memerlukan passport sahaja untuk masuk ke negara-negara eropah bagi tempoh maksimum 3 bulan. Jadi tk perlu la memohon visa sekiranya percutian anda dalam lingkungan tempoh tersebut.
Paris here i come.. |
Bonjour...Merci |
CDGVAL- Transit to Terminal 2 and 3 |
So berasarkan maklumat yang aku ade, aku kene pergi ke Terminal 3 dengan menggunakan CDGVAL dari Terminal 1. After that, aku kene amik RER B dimana hanya train ni sahaja beroperasi untuk ke Center Paris (Paris By Train) dari CDG Airport dengan tambang sebanyak 8.70 euro sehala (harga ni mungkin berubah dari semasa ke semasa). Terdapat 2 cara bagi pembelian tiket samaada melalui kaunter tiket ataupun mesin tiket automatik yang disediakan. Untuk makluman, sekiranya anda mahu membeli tiket menggunakan mesin tiket automatik, sila pastikan anda menggunakan kad kredit microcip. Ini kerana mesin tersebut hanya boleh menerima transaksi daripada kad kredit seumpama itu sahaja. so berbalik semula pada cerita aku tadi, memang terbaik service train ni..setiap kekerapan 10-15 minit train akan tiba di station, jadi tak la lama menunggu kan. perlajanan ke GDN Station ambil masa dalam 30 minit.
Paris by Train |
SNCF - RER B (Blue line) |
Setibanya aku di Gare Du Nord Station, aku pun turun tuk mencari hotel tempat aku menginap. tk sabar rasanya aku nk merasai cuaca di PARIS sebab dari mula aku keluar pesawat sampai la ke station ni aku tk berpeluang lagi untuk keluar. Selepas je keluar dari pintu utama, perhhhhhhh nyamanya udara..sempat la kejap sembur nyamuk sblm menuju ke Kyriad Hotel (Hotel tempat aku menginap) untuk Check-in. hotel penginapan ni betul-betul berhadapan dengan GDN Station..lepas dpt kunci terus masuk bilik tgk2 dpt pulak bilik betul2 hadap station tu memang rezeki la kan view memang cantik... Harga yang ditawarkan pun cantik gak..hahaha... Aku memang sengaja memilih tuk menginap di hotel nie kerana ianya memudahkan aku untuk bergerak samaada menggunakan perkhidmatan Metro/RER/Tram sekitar kota Paris.
France flag |
View from my room, GDN Station |
International Train Station |
Kyriad Hotel |
Double Standard Room at 85 Euro per night |
Alhamdulilah Part I punya cerita habis di sini. Nantikan kesinambungan cerita ini dalam PART II sebab aku nak bawa ko orang menyelami dan mengikuti kisah perjalanan aku sepanjang berada di sana. Sekurang-kurangnya ko orang dapat la sedikit sebanyak info sebelum membuat perancangan bercuti ke sana kan.. Adios....Wasalam..:)
KUL (Kuala Lumpur Airport) ~ DOH (Doha -Transit) ~ CDG (Charles De Gaulle Airport) ~ GDN (Gare Du Nord, Paris - Hotel)
Credit: Picture for Airbus A330-300 and Airbus A340-600 from Airplane-Pictures.net
Pautan Pantas:-
PARIS - Part II
PARIS - Part III
**Segala info yang diberikan adalah valid/sah pada masa perjalanan yang dimaklumakan sahaja..so rajin2 kan diri semak maklumat TERKINI sebelum bercuti k..