Nuffnang Code

Monday, March 18, 2013

Last day in KOREA...:D

Hari nie merupakan hari terakhir kami di Korea sebelum terbang pulang ke Malaysia...mengikut tentatif perjalanan pada hari nie kami akan ke beberapa tempat menarik lagi sebelum menghabiskan saki baki WON yang ade untuk Shopping..hihihi..
Yeouido Hangang Park
Cewah...
Seawal jam 8.00 pg kami dh bergerak meniggalkan hotel untuk ke Yeouido Hangang Park. Perjalanan dari hotel penginapan kami ke National Assembly Station  mangambil masa dalam hanya 13 minit dengan menaiki  subway.Setibanya di sana kami terpegun melihat keindahan bandar Seoul dari pandangan tepi laut..perhhh...terbaekk woo...Kami bernasib baik kerana pada hari tu cuaca sangat cerah... kalau tk caye ko org tgk la pic-pic yang sempat kami abadikan untuk dijadikan kenang-kenangan....
Pandang pe man..??
Sangat2 sporting die org nih...






Setelah menghabiskan masa selama 3 jam melepak di Yeouido Hangang Park, kami pun terus ke destinasi seterusnya iaitu National Museum Of Korea yang terletak berhampiran Ichon Station exit#2 dimana muzium tersebut merupakan antara muzium terbesar di Korea..
National Museum of Korea






Hampir 1 jam kami meninjau-ninjau sekitar muzium nie, kami pun terus ke Insadong untuk shoppingggg sebelum meneruskan perjalanan pulang ke hotel penginapan..banyak gak la barang2 yang sempat di beli...sampaikan tk muat beg masing-masing...hahaha...

Tepat jam 6.30 petang kami pun meniggalkan kota Seoul dan terus ke Inchoen Airport untuk pulang ke Kuala Lumpur..Teramatlah banyak kenangan manis terpahat didalam ingatan kami selama hampir seminggu percutian kami ke sana..Alhamdullilah semua yang telah dirancang untuk percutian tersebut berjalan dengan lancar...Insyaallah ada rezeki lain kami akan menjejakkan kaki ke sana lagi...may be mase winter 2014 ker...Insyaallah....kalau ade rezeki sampai la lg ke sane...baru la rase mcm drama winter sonata......hahaha...
Bye2 Seoul, See u again...:)
Sebelum aku nk melabuhkan tirai untuk entry pasal percutian aku nie, aku nk ringkaskan ANTARA tempat2 menarik untuk di kunjungi kat sana...

1) Gyeongbokgung Palace (Historical Place)
2) Changdeokgung Palace (Historical Place)
3) Deoksugung Palace (Historical Place)
4) JongmyoShrine (Historical Place)
5) The Statue of Admiral Yi (Historical Place)
6) National Museum of Korea (Historical Place)
7) War Memorial of Korea
8) Cheonggyecheon Stream (Sungai tgh Bandar)
9) N Seoul Tower
10) Seoul World Cup Stadium
11) 63 Building (Menare tertinggi di Seoul)
12) Seoul Central Mosque
13) Nami Island (Namiseom)
14) Mount Sorak (Seoraksan)
15) Han-Gang River Cruise
16) Lotte World (Team Park Terbaekkk)
17) Everland (Team Park)
18) Coex Mall (Shopping Mall)
19) Iteawon (Shopping n Tempat makanan Halal banyak dijual)
20) Insadong (Shopping)
21) Myeong-dong (Shopping)
22) Namdaemun Market (Shopping)
23) Korean Silk Market (Shopping)
24) Yeouido Hangang Park
25) Jeju Island

Anyaway thank so much pada yang sempat singgah di blog saya nie...dengan berbekalkan pengalaman yang aku telah lalui dan aku telah coretkan dalam setiap entry, Insyaallah ianya dapat memberi anda sedikit sebanyak info sebelum bercuti di sana..hehe..Ok lah kalian,..sekian sahaja entry penutup Percutian Ku di Seoul, Korea... :)

Nantikan trevelog aku yang seterusnya iaitu Percutianku di Kota Singa...hehehe..tungguuu...:D

Wasalam....:)

Nota kaki:
Kadar Tukaran Korean Won pada April 2012 : 1000 Won = RM 2.81

Pautan Pantas:-


**Segala info yang diberikan adalah valid/sah pada masa perjalanan yang dimaklumakan sahaja..so rajin2 kan diri semak maklumat TERKINI sebelum bercuti k..

No comments:

Post a Comment