Perjalanan pada hari nie paling menyeronokkan...apa tak nya kami akan ke salah satu taman tema terbesar di Korea yang dikenali sebagai Lotte World "A World of Magic and Fantasy" ...Woww..
Main Entrance to Magic Island |
Credit Pic From i-mockery.com |
Perjalanan dari pusat bandar Seoul ke Lotte World mangambil masa selama 45 minit dengan menggunakan subway dengan anggaran tambang sebanyak 1100 Won untuk perjalanan sehala. Setibanya di Jamsil Station, kami pun terus mendapatkan ticket masuk yang berharga sekitar 40,000 won seorang.
LotteWorld Here we come..:) |
Fuyooo...itu perkataan pertama sejurus masuk ke dalam Lotte World nih..memang cantik, tersusun dan terbaekk lah...rugi kalau ke Korea tk pg sini...kami diberikan map untuk memudahkan urusan mencari lokasi bagi setiap attaraction yang ada di sana. Memang rambang mata tak tau mana satu nk main dahulu...
Lotte World Adventure |
Untuk makluman, Lotte World ni merupakan the 1st Team Park in Korea yang mempunyai indooor team park terbesar di dunia...ianya terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu Adventure Lotte World (terletak di dalam bangunan) dan Lotte World Magic Island (terletak di bahagian luar).
Kami memulakan perjalanan di bahagian Adventure park dahulu sebelum ke Magic Island. Nk dijadikan cerita, pilih punya pilih kami pun memilih untuk main cawan pusing sebagai permainan pertama bagi memenuhi permintaan penjaga permainan tersebut yang sibuk lambai2 kami suruh main menatang tuh...NAHHH amik ko..lepas je cawan tu bhnti.. terpakse kami telan penadol..taubat tk moo dh naek cawan tuh...berpusing-pusing kepale...hilang mood nk main game yang lain...cis...tp nasib la tk lame pening tuh..so dpat la main game2 yang lain...nk tau lebih kne la gi sane n try ok....hehehe
Perarakkan watak2 kartoon Lotte World |
menuju ke Magic Island Pulak |
Setelah hampir 3 jam berada di Adventure Lotte World dan menyaksikan perarakkan watak-watak kartoon...kami pun terus keluar untuk ke Magic Island..Banyak gak game2 dekat Magic Island nih...antara yang menjadi perhatian ramai ialah Gyro Drop dan Gyro Swing...Perhhhhh....rase mcm gugur jantung....hahah...terbeekkk...kat Malaysia tk der lg team park menawarkan game mcm nie...kalau nk tgk mcm mane game tu berfungsi gi la search kat youtube...hihihi...
Ku di alam fantasi yer man... |
Waikiki Wave~tingtong naek mende nih... |
Are u Ready MFB? |
Terbaekkk...thank man for the pic..:D |
Lepas puas main game2 yang ade kat sane, kami pun terus pulang ke hotel...walaupun letih tp memang berbaloi dengan apa yang dibelanjakan...Thank pada yang sempat singgah kat blog aku nie..wlaupun sempoi tp Insyaallah ianya dapat memberi anda sedikit sebanyak info kan..hehehe...sory juga kalau ade kekurangan dalam setiap entry yang aku berikan.....ianya sekadar berkongsi pengalaman yang ade...:)
Nantikan entry yang terakhir untuk percutian aku ke korea...ok...Thanks.......:D
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai LotteWorld, anda boleh la klik link kat bawah yer.
**Segala info yang diberikan adalah valid/sah pada masa perjalanan yang dimaklumakan sahaja..so rajin2 kan diri semak maklumat TERKINI sebelum bercuti k..
No comments:
Post a Comment