Nuffnang Code

Monday, May 30, 2011

PARIS - Part I

My journey movement form Malaysia to Europe
19 April 2011 – Tarikh yang cukup bermakna dalam hidup aku kerana ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke luar negara...PARIS dan LONDON pulak tu...Perghhhh....ramai kut orang teringin nak ke sana. Memang dari bangku sekolah lagi aku teringin sangat nak ke luar negara, tak kisah la mana-mana asalkan negara tu ade 4 musim (winter/spring/autumn and summer) . Tapi aku fikir bende tu macam mustahil je. maklum la perbelanjaan nak ke sana bukanya murah. Lagi-lagi aku ni bukan kerja besar pun. setidak-tidaknya aku kene kumpul duit 5-10 tahun baru boleh nak ke sana. SYUKUR ALHAMDULILAH angan-angan ku nak ke sana akhirnya termakbul. Ini merupakan hadiah paling BEST aku terima semasa birthday aku yang ke-25. Cuba ko orang bayangkan sebelum ni aku tak pernah berpengalaman lagi berkunjung ke negara lain melainkan hanya "Cuti-cuti Malaysia", itu pun Malaysia aku tak habis   ronda-ronda lagi. Kali ni aku berpeluang bercuti ke Europe dengan Qatar Airways "5 Star Airlines". Thank Qatar Airways because you make my dream become true...luv u so much..muahhhh...:)
Important documents
Cash EURO
" ...Flight ticket, passport, reservation hotel, credit card, cash, outfit, food, map, and all important documents sume dah ready...its time to fly...Paris here i come..." 
KLIA
My BFF -Man-
10:30 PM waktu Malaysia, aku pun bertolak ke KLIA. Saje bertolak awal bagi memastikan tiada masalah kelewatan timbul nanti. Setibanya di KLIA, aku terus ke Fast Bag Drop Counter. Nasib baik aku dah Online Check-in, kalau tidak beratur panjang la nampaknye. Maklum la Airbus kan. Setidak-tidaknya 200-250 passengers.  Sepanjang menunggu waktu untuk boarding, macam-macam perasaan timbul dalam diri, gembira ada, takut pun ade. Maklum la kali pertama nak jejak kaki ke negara asing. Tapi aku yakin dengan berbekalkan semangat dan pengetahuan yang hanya ku perolehi dari internet,majalah, kawan-kawan InShaAllah semua yang aku rancang sepanjang berada di sana berjalan dengan lancar disamping berserah kepada Allah S.W.T berdoa agar di permudahkan perjalanan ku, Amin...
Boarding Time
Bismillah...Tepat jam 3:35 AM (waktu orang tengah dibuai mimpi) aku pun berlepas dari KLIA dengan Pesawat  A330-300 (QR 623) ke Doha, Qatar yang perjalananya mengambil masa selama 7 jam 20 minit . (KUL - DOH -CDG) Penerbangan jarak jauh menggunakan Qatar Airways akan mengambil masa yang agak panjang kerana para penumpang perlu transit di Doha untuk beberapa jam sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju.
Credit : Airplane-Pictures.net
Bye2 Malaysia
Sepanjang penerbangan itu, aku dan penumpang lain dilayan dengan cukup mesra oleh cabin crew. Biarpun hanya ekonomi class tapi layanan yang diberikan memang terbaik. Tempat duduk luas, makanan pun best-best, pendek kata memang sesuai sangat Qatar Airways ni menerima penganugerahan "5 Star Airlines" by Skytrax.
Memang terbaekk..
Berbalik semula cerita pasal perjalanan aku tadi, maklum la perlajanan awal pagi kan, so aku dan penumpang lain lena dibuai mimpi sampaikan ada yang berdengkur. itu yang paling tak tahan. kalah bunyi enjin flight. Tiba di Doha International Airport, Qatar pada jam 6:00 AM (Waktu Qatar). Alangkah terkejutnya aku setibanya di sane, bayangkan waktu tu baru pukul 6 pagi, panasnya macam tengahari kat Malaysia.
Doha International Airport, Qatar
View from Transit Terminal
Turun je dari pesawat aku dibawa menaiki bas untuk ke terminal transit. Wow..ramai gile orang kat dalam terminal tu. Macam-macam orang boleh jumpa kat sana dari seluruh pelusuk dunia. Maklum la, kat terminal tu dia orang kene transit dulu sebelum menyambung ke penerbangan seterusnya. macam-macam kerenah orang boleh lihat ade yang tidur, ade yang shopping kat Duty Free Shop dan lain-lain lagi. Problem masa kat Doha, beteri handphone pulak habis..mana tk nye aku lupe charge handphone mase tu..so perjalanan panjang kan..habis la beteri tuh..nak wifi pun tk boleh lagikan nk ber SMS...adoii..tujuanya just Nak inform my parent and my lovely friends yang aku dh sampai Doha, tapi nak buat mcm mana, no choice dah..nak guna public phone sane tak pandai..dah cube tapi tak boleh..ermm....so nak tk nak tunggu la aku sampai destinasi yang dituju baru aku bagi tahu status aku kat sana..mesti time tu die orang risau sangat..tapi tak pe, aku selamat mase kat Doha. Alhamdulilah..Setelah transit selama 2 jam 20 minit, check-in counter untuk penerbangan A340-600 (QR 019) ke Paris pun dibuka. Bayangkan, aku baru je bangun dari tempat duduk tengok-tengok orang dah Q panjang dah tuk Check-in. Maklum la kali ni pesawat yang digunakan lebih besar dari pesawat yang aku naik tadi. Selepas selesai immigration checking, aku pun dibawa menaiki pesawat tersebut.
Go To Gate for PARIS
Economy Class Airbus A340-600 (2-4-2)
Ready for Departure
Credit: Airplane-Pictures.net
City of Doha, Qatar
Bandaraya Doha jelas kelihatan selepas saje take off . Mamang cantik dan tersusun. Kali ni perjalanan akan mengambil masa selama 7 jam 15 minit.  Memang meletihkan. Almaklum la seharian tak mandi...hahaha,,sepajang perjalanan Doha ke Paris aku memang tak boleh tidur. tak tau kenapa. Mungkin teruja sangat kut. Jadi aku pun layan la entertainment yang disediakan, main game, tengok movie. Tengah-tengah layan movie pandangan ku tertarik kat satu view ni. perghhhh...cantiknya banjaran Alps diliputi dengan salji..menang Terbaekk la.... rase nak terjun je ke bawah mase tu..lagi la berkobar-kobar hati ni..ape tk nya itu kan area Switzerland..so dh dekat sangat ngan France dh....
Alps covered by snow

20 April 2011 BONJOUR...Tepat jam 2:25 PM(Waktu France), 9:25 PM (Waktu Malaysia) pesawat yang membawa aku pun selamat landing di International Airport Charles De Gaulle (CDG Airport), PARIS. ALHAMDULILAH..hati berdebar bercampur gembira bila hendak melangkahkan kaki keluar dari pesawat. Semua penumpang tersenyum gembira mungkin ade yang sama macam aku datang ke Paris untuk bercuti atau mungkin ada yang pulang ke kampung halamam masing-masing tuk berjumpa sanak saudara.
Spring time at France
CDG Airport, Paris
Bonjour...Welcome To PARIS
International Airport Charles De Gaulle, PARIS
..."Thank you for choosing Qatar Airways, See you again...", lepas je dengar announcement tu aku dengan pantasnya bangun lalu mengambil backpack yang terletak dalam compartment di atas kepale, dengan harapan dapat keluar cepat memandangkan ramai passengers masa tu. Tengok-tengok kene tunggu jugak. lama pulak tu..hehehe...maklum la satu pintu je di buka bagi memastikan semua passengers melalui immigration checking. Jantung berdegup, kaki menggigil, perasaan tak tentu arah mula menyelubungi tubuh ku..rasa macam tak nak kuar je dari pesawat. macam tak caya aku samapi sana..nk  buat macam mana nak tak nak aku kene gak lalui sume tu ngan keberanian dan keyakinan diri yang ada dalam diri aku ni. Takut gak mane tau sangkut mase immigration checking. ishh ape la aku ni kan lelaki nk takut ape kan..hehe... tapi alhmdulilah rupanya senang je orang Malaysia nak masuk France. Untuk makluman, kita ni antara negara yang bertuah kerana kita hanya memerlukan passport sahaja untuk masuk ke negara-negara eropah bagi tempoh maksimum 3 bulan. Jadi tk perlu la memohon visa sekiranya percutian anda dalam lingkungan tempoh tersebut.
Paris here i come.. 
Bonjour...Merci
Selapas immigration checking, aku terus ke tempat luggage tuk ambil check-in bag . lama gak tunggu. takut gak mane tau tak sampai pulak kan..hehe...dalam kepala masa tu nak mencari di mana lokasi hotel yang aku dah booked. ye la aku nak rest puas-puas..almaklum la perjalanan almost 16 hours..fuhhh..Selepas je bag sampai, aku pun terus mengikut plan yang aku dah buat sebelum aku berangkat ke sini. Aku kene menaiki CDGVAL ala macam train dari Main Terminal Building KLIA ke Setelite Terminal kat KLIA tuh. same je function die..menghubungkan antara satu terminal ke terminal lain. 
CDGVAL- Transit to Terminal 2 and 3
So berasarkan maklumat yang aku ade, aku kene pergi ke Terminal 3 dengan menggunakan CDGVAL dari Terminal 1. After that, aku  kene amik RER B dimana hanya  train ni sahaja beroperasi untuk ke Center Paris (Paris By Train) dari CDG Airport dengan tambang sebanyak 8.70 euro sehala (harga ni mungkin berubah dari semasa ke semasa). Terdapat 2 cara bagi pembelian tiket samaada melalui kaunter tiket ataupun mesin tiket automatik yang disediakan. Untuk makluman, sekiranya anda mahu membeli tiket menggunakan mesin tiket automatik, sila pastikan anda menggunakan kad kredit microcip. Ini kerana mesin tersebut hanya boleh menerima transaksi daripada kad kredit seumpama itu sahaja. so berbalik semula pada cerita aku tadi, memang terbaik  service train ni..setiap kekerapan 10-15 minit train akan tiba di station, jadi tak la lama menunggu kan. perlajanan ke GDN Station ambil masa dalam 30 minit.
Paris by Train
SNCF - RER B (Blue line)
Setibanya aku di  Gare Du Nord Station, aku pun turun tuk mencari hotel tempat aku menginap. tk sabar rasanya aku nk merasai cuaca di PARIS sebab dari mula aku keluar pesawat sampai la ke station ni aku tk berpeluang lagi untuk keluar. Selepas je keluar dari pintu utama, perhhhhhhh nyamanya udara..sempat la kejap sembur nyamuk sblm menuju ke Kyriad Hotel (Hotel tempat aku menginap) untuk Check-in. hotel penginapan ni betul-betul berhadapan dengan GDN Station..lepas dpt kunci terus masuk bilik tgk2 dpt pulak bilik betul2 hadap station tu memang rezeki la kan view memang cantik... Harga yang ditawarkan pun cantik gak..hahaha... Aku memang sengaja memilih tuk menginap di hotel nie  kerana ianya memudahkan aku untuk bergerak samaada menggunakan perkhidmatan Metro/RER/Tram sekitar kota Paris.
France flag
View from my room, GDN Station
International Train Station
Kyriad Hotel
Double Standard Room at 85 Euro per night
Alhamdulilah Part I punya cerita habis di sini. Nantikan kesinambungan cerita ini dalam PART II sebab aku nak bawa ko orang menyelami dan mengikuti kisah perjalanan aku sepanjang berada di sana. Sekurang-kurangnya ko orang dapat la sedikit sebanyak info sebelum membuat perancangan bercuti ke sana kan.. Adios....Wasalam..:)

Ringkasan Perjalanan Part 1

KUL (Kuala Lumpur Airport) ~ DOH (Doha -Transit) ~ CDG (Charles De Gaulle Airport) ~ GDN (Gare Du Nord, Paris - Hotel)


Credit: Picture for Airbus A330-300 and Airbus A340-600 from Airplane-Pictures.net

Pautan Pantas:-
PARIS - Part II
PARIS - Part III