Nuffnang Code

Tuesday, September 25, 2012

Cuti-cuti KOREA....Part III

Hari ke-3 bersamaan 30 April 2012 percutian ke Seoul, South Korea. Mengikut perancangan yang telah di atur untuk hari tersebut, kami akan pergi melawat ke Nami Island.Yahooo....best2.. Seawal jam 7.30 pagi kami telah keluar dari hotel penginapan untuk ke Topgol Park dimana terletaknya bas persiaran khas yang akan membawa kami ke Nami Island.
Topgol Park
Morning guys..
Limousine Shuttle to Nami Island
Haaaa di sini ade sedikit info aku nk kongsi dengan ko orang sume yang nak ke Nami Island tanpa guna travel agent macam kami. Ianya sangat mudah...terpulang kat ko org nak gi sana dengan menaiki bas persiaran ataupun menaiki train..tp bg aku untuk memudahkan perjalanan better ko org naik bas yang telah disediakan. Kos lebih kurang jer...better naik bas kan.. Tp bas tu bukan ko org main bedal ajer naik..ko org kena la reserve dulu at least 1 minggu atau maksimum sebulan sebelum tarikh bertolak. Untuk buat reservation ko org blh la email ke na230@naminara.com dengan menyertakan sekali tarikh dan berapa pax hendak ke sana. Kalau tk silap aku dalam masa 2 hari berkeje die org akan repaly balik berkenaan reservation tuh. Pakej tersebut berharga 23,000 Won bersamaan RM 63.00 merangkumi tiket pergi balik dengan bas dan tiket masuk ke Nami Island. Ok la tu kan...diingatkan pergi dan balik dengan bas yang sama ok..jgn pergi naik bas lain balik bas lain...so pandai2 la ingat bas tu park kat mana then catat no pendaftaran bas tu.. Untuk maklumat lanjut ko org boleh terus lawati laman ini  Korea Tourism.
Ready for Nami Island
Berbalik semula cerita perjalanan kami tadi, tepat jam 9.30am bas yang kami naiki pun bertolak ke Nami Island. Perjalanan mangambil masa selama 2 jam dari Centre Seoul. Setibanya di sana kami pun terus menaiki feri yang disediakan untuk ke Nami Island..So nk tau ape yang ade kat Nami Island tu ko org blh la tgk pic2 yang sempat kami snap sepanjang berada di sana.
Wharf to Nami
Pink Cherry Blossom  
Ferry to Nami Island

Nami Here We COme..:)
Perjalanan menaiki feri dari jeti ke Nami Island  mengambil masa selama 10 minit sahaja dimana feri tersebut hanya boleh memuatkan kira-kira 50-60 pax dalam satu-satu masa.

Welcome to Nami Island
fuyoo..:)
Setibanya kami di sana, kami pun terus ke check point iaitu lokasi penggambaran drama popular korea iaitu Winter Sonata. So kami pun sempat la bergambar sakan sampaikan lupa nk lunch.
Ala2 Winter Sonata
Kenangan di Nami
Winter Sonata lagi..
Antara lokasi yang menari
First Kiss..:)
Gud bye Nami Island..See u again..may be in Winter..:)
Setelah hampir 5 jam kami di Nami, kami pun mengambil keputusan untuk kembali semula ke Seoul. So sekian sahaja entry kali ni. Nantikan sambunganya dalam entry akan datang. Tq pada sapa2 yang sempat singgah ke blog saya ni. Insyaallah ada masa lain sy update lagi ok..Adioss..Salam...

Friday, September 14, 2012

Cuti-cuti KOREA....Part II

Salam..Hi apa khabar sume? So mcm mane raye ko org?? mesti best kan..lagi2 berat badan masing2 mesti bertambah kan...hahaha...almaklum ler kita kan masih lagi dalam mood raye..penuh ngan undangan open house sini sana..tk salah nk gi undangan tersebut asalkan kita tau nk jaga permakanan kite..hihih...

Baiklah...Entry kali ni merupakan sambungan daripada entry Bercuti di KOREA!!! Part I . Walaupun ianya sudah pun berlalu almost 5 bulan yang lalu aku tetap nk kongsi pengalaman bercuti di sana ngan ko org...
Muke mengantuk...hihihi
Hari ke-2 bersamaan 29hb. April 2012. Seawal jam 7 pagi aku dan man dh bangun untuk bersiap-siap bagi memastikan perjalanan kami pada hari itu berjalan lancar. Selepas menikmati light breakfast yang telah disediakan oleh pihak hotel, kami pun berangkat meniggalkan sebentar kamar tercinta...Langit cerah ditambah pula dengan cuaca dingin..perhhh terbaek...
Iman n Me
Menigikut tentatif program yang telah dirancang, kami berdua akan melawat ke beberapa tempat bersejarah, monument dan shopping place di sekitar Seoul..antaranya Gyeongbokgung Palace, Changdeokgung Palace, Cheongaye Plaza, Statue of Sejong the Great and Admiral Yi Sun-Sin dan Insadong. Kami amat bertuah kerana lokasi penginapan kami betul2 berhampiran dengan salah satu tempat bersejarah di Korea iaitu Changdeokgung Palace iaitu kira-kira 10 minit berjalan kaki dari hotel penginapan. Tiket masuk tak mahal hanya 3000 Won sahaja..So ko orang blh la layan pic-pic yang kami sempat snap sepanjang 1 jam kami menghabiskan masa di sana.
Changdeokgung Palace
Ticket only 3000 Won

Merenung masa hadapan..wkakaka
Spring @ Korea
Cewah...
Sempat melompat yee
Ayunye iman...huhu
Selepas hampir 1 jam kita orang pusing2 kat dalam kami pun keluar untuk ke destinasi seterusnya iaitu Gyeongbokbung Palace...tempat ni lebih kurang tempat tadi jugak..tp yang ni lebih menarik sebab besar dan ramai orang. Harga tiket masuk pun sama 3000 Won.
Main Entrance Gyeongbokgung Palace
Royal Guard Changing

Man cepat la ketuk gendang tuh..lol
Pagoda

Selepas hampir 2 jam kami berjalan-jalan kat dalam, kami pun keluar untuk menuju ke lokasi seterusnya. kalau nk diikutkan masih banyak lagi tempat dalam Gyeongbokbung Palace kami tk lawati. Tp apakan daya masa itu emas.masih banyak lagi tempat untuk kami pergi. Cukuplah hanya sekadar pergi ke 2-3 tempat kat dalam tuh..Seterusnya kami bergerak ke Tugu Sejong yang terletak kira-kira 100 m dari pintu hadapan Gyeongbokgung Palace.

Statue of Sejong the Great


Pewott cover ckt yer..wkaka

Museum bawah tanah 
Fresh Tulip 
Statue Admiral Ye Sun-Sin
Sejurus selepas itu, kami menuju ke Cheonggye Stream yang terletak tidak jauh dari Tugu Admiral Sun-Sin.
Off to Cheonggye Stream
ala tomey2...hihi
Cheonggye Stream
Waterfall bawah jalan raye..
Lepas letih berjalan, kami pun balik semula ke area Iteawon untuk dinner. kali ni merupkan pertama kalinya aku dan man makan kimchi di sana. terbaekk woo..ko org nk rase cube la sendiri...tp pastikan yang halal ok.
My Fav Kimchi Sup
Dari Iteawon kami terus ke Insadong untuk melihat apa yang dijual di sana.Macam2 bentuk cenderahati ada dijual di situ. cume murah atau mahal ajer..pandai2 la ko org survey eh..so far bg aku harga yang ditawarkan adalah berpatutan dgn apa yang kita beli. Ade juga di kalangan penjual di sana fasih berbahasa melayu..mungkin selalu sangat Malaysian datang kedai die kut..termasuk lah kami...hehe..
Insadong Street
Cheonggye Stream at night
Perjalanan hari ke-2 kami di Seoul diakhiri dengan kembali semula di Cheonggye Stream untuk melihat keindahan waterfall yang diterangi lampu pada waktu malam. sejurus selepas itu kami pun terus pulang ke hotel penginapan untuk membetulkan balik urat2 yang tersimpul dek kerana berjalan sepanjang hari.


Sekian sahaja coretan untuk kali ini. Insyaallah dalam masa terdekat aku cuba untuk habiskan part2 yang lain berkenaan percutianku di Korea. Nantikan sambunganya ok. Adioss...Wasalam..



Friday, August 10, 2012

Cuti-cuti KOREA....Part I

Salam Ramadhan sume..kali ni aku nk kongsi ngan ko org tentang pengalaman aku sepanjang bercuti di South KOREA pada April-May 2012 yg lalu..walaupun percutian tu dh 2 bulan berlalu, aku tetap nak kongsikan pengalaman ku sepanjang bercuti di sana...bak kata orang "sharing is caring"..hihihih.....selama 8 hari 7 malam aku bersama man (member aku) menghabiskan masa bercuti di sana.

Waiting for boarding
My BFF Iman
27hb. April 2012 (Jumaat)

Kali ni kami memilih penerbangan dari Air Asia X memandangkan tambang yang ditawarkan adalah sangat2 berbaloi jika dibandingkan dengan harga dari penerbangan yang lain. tk payah cakap la pasal service...kalau nk compare memang la Air Asia ni biasa2 aje...leg room kecik..seat tk lebar...nk seat recline pun terhad...hahaha.....bagi aku ianya berpatutan dengan apa yg kita bayar....so kalau nk betul2 selese naik la MAS ke, tk pun Korean Air ke...tp nk tk nk ko org kene la spend almost RM 2000 ++ untuk pergi balik kan...may be separuh org pikir die org sanggup bayar harga tu untuk keselesaan...tk salah...yang penting kite kene la ukur baju di badan sendiri...hihihi...:)

Jam 8.30 pm, kami pun tiba di LCCT dan terus ke kaunter yang telah ditetapakan untuk check-in bag..FYI beg aku tu bukannye berat disebabkan baju2 tapi disebabkan makanan yang kami bawa...almost 15 kg gak la bila ditimbang...hahaha....bukanye apa saje prepare lebih makanan...kat sana kan susah nk dpt makanan halal..lagi pun tk larat aku nk membayar almost 10,000 won (RM 28.10) untuk sekali makan kat sana..blh pokai pak cik...hihihi....then lepas tu kami terus lepak sat kat Theobroma Chocolate Lounge sementara tunggu waktu boarding.
Theobroma Chocolate Lounge
Seperti yang dijadualkan, tepat jam 11.00 pm, pesawat Air Asia X Airbus A330-300 belepas meniggalkan Kuala Lumpur untuk ke South Korea. Mostly dalam pesawat tu adalah org2 kite gak (Malaysian)..mungkin tujuan die org sama dengan kami tuk bercuti..South Korea kan paling femes dikalangan org2 Malaysia..tu sume dek kerna penangan drama korea, muzik kpop n lebih2 lagi ianya negara 4 musim..
Thank Qila and Boy
Air Asia X (Airbus A330-300)
Korea...Here we come!!!
Chicken Bulgogi...Terbaekkk
6.20 am (28hb. May 2012) kami pun selamat tiba di sana. seperti biasa, setiap pelancong harus melalui proses pemeriksaan immigration dan kastam sebelum dibenarkan untuk masuk ke negara die org. alhamdullilah sume berjalan lancar...memandangkan check in hotel pukul 2 petang, kami mengambil keputusan untuk lepak2 dulu kat airport before gerak ke Seoul. so sempat la snap sini sana..hehehe..
Incheon International Airport
ehem2..:)
sempat lg tuh..hihi
Outside ICN Airport 
Move to Airport Railroad for Seoul
Untuk makluman ko org, sebelum gerak ke bandar Seoul, lebih baik ko org beli dahulu T-Money Card (ala2 touch n go card) dimana ia boleh digunakan ketika menaiki subway/bus. Kad tu ko org boleh beli di convenience store kat arrival hall Incheon Airport atau di sekitar seoul. Kalau tk silap harga card tu 2,500 won..tp card kosong jer belum ade nilai tau..u ol kene la top up sendiri...mase beli tu nt suruh cashier tu top up siap2 dlm kad tu..nk 10,000 won 20,000 won..terpulang..tk cukup nt top up lg..malas nk topup kat kedai2 tu ko org blh topup gune mesin tambah nilai yg disediakan di setiap station...sekiranya nk balik nt ada lagi balance kredit dlm kad tu ko org blh refund balik balance tu kat kedai2 tadi..tp ada caj sikit ler...then kad tu nanti ko bawa la balik sbgai sourvinir..tk pun nt ada family member nk gi bg je pakai..so tk yah beli lain..terus topup nilai je..hihi..nk keterangan lanjut blh rujuk kat link nih http://www.visitkorea.or.kr/enu/TR/TR_EN_5_4.jsp.
T-Money Card
Seoul Subway
Untuk ke seoul, banyak transportation disediakan spti bas, teksi atau train (AREX)..jadi tk perlu risau..pilih je mane2 asalkan sampai tempat dituju...mcm kami memilih tuk menaiki AREX (Airport Railroad) yang perjalanannya mengambil masa selama 1 jam dari Incheon International Airport. Kat sana perkhidmatan train dikenali sebagai subway..so pastikan anda study terlebih dahulu mcm mana nk masuk station, naik n turun subway serta keluar station..nt senangla ko org nk tahu mane subway station yg perlu ko org turun..tp jgn pening kepale sbb ko org hanye memerlukan beberapa jam sahaja tuk memahami sistem subway korea nie... download apps pun blh skrg..telefon masing2 canggih kan..hehe...info lanjut buka link ni AREX  http://english.arex.or.kr/jsp/eng/index.jsp
AREX Route Map
Seoul Subway Route Map
Airport Railroad Express (AREX)
Berbalik semula tentang perjalanan aku td..Turun je dari Subway, kami terus ke tempat penginapan kami iaitu Seawha Hostel di  Jongno-Sam (ga) untuk daftar masuk. layanan yang diberikan oleh pengusaha hostel tersebut sangatlah terbaekk..kami ingatkan hostel tersebut biase-biase jer...rupanya lengkap dengan wifi, kerusi urut, laundry service, breakfast, free international call, and internet....wow...memang berbaloi-baloi dengan apa yang kami bayar...heheh..selepas merehatkan badan 2-3 jam kami pun bercadang untuk dinner di Iteawon Street.
Subway from Jongno Sam-ga Stn. to Iteawon Stn.
Iteawon Subway Station
Arc to Seoul Central Mosque
Seoul Central Mosque
Alhamdullilah kami sempat menunaikan solat di sini..
Setibanya di Iteawon Street, kami pun terus mencari Masjid Seoul yang sangat-sangat femes untuk menunaikan solat..ramai gak terserempak ngan orang malaysia kat sana...kebanyakkanya ikut rombongan cik kiah...hahaha....selesainya solat kami pun terus mencari  restoran HALAL untuk makan malam..kebanyakan restoran-restoran di situ ditanggung HALAL dan para peniaganya pula adalah terdiri daripada orang islam..kadang2 tu die orang siap pandai cakap melayu lagi...apa tk nya mostly setiap hari pengunjung yang datang di kawasan tersebut adalah orang-orang dari Malaysia...so tk hairan la kan die org pun pandai ckp melayu..hahaha....berbalik semula cerita pasal makanan tadi...bagi aku makanan kat sini sedap2 dan blh tahan gak harganya...ko org bayangkan satu set makanan almost 10,000 Won bersamaan RM 28.00....fuhh...tk per la sehari sekali kan..kang tk lalu la pulak asyik makan megi n roti pulak..hahhaha...
Pedas ~terbaekk woo..
selepas kekenyangan, kami pun terus ke Iteawon Street tuk tengok pakaian, cenderahati dan lain2 yang dijual di sana..memandangkan masa kami berada di korea masih lagi panjang ...kami pun mengambil keputusan untuk survey harga barangan dahulu.... ye la mane tau kan kat tempat lain lagi murah kan..heheh..
Iteawon Street
Me & my BFF
Spring in Korea
Memandangkan jadual perjalanan untuk hari ke-2 di korea agak padat, kami pun mengambil keputusan untuk pulang awal ke hostel penginapan untuk membetulkan kembali urat-urat di badan yang telah tersimpul akibat banyak berjalan....hahaha...ok la ko org...sekian sahaja coretan PART I perjalanan ku bersama myBFF di bumi Korea...nantikan kesinambungannya dalam PART seterusnya tau..menarikk sgt2...tungguuuu.....hehehe....:)

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menymbut Hari Raya Aidilfitri 1433H bersamaan 2012 M...diharap Aidilfitri kali ini memberi seribu makna kepada kita semua....insyaallah...Assalammualaikum....:)

Sambungan : Cuti-cuti KOREA!!! Part II
Credit : Picture AREX from A-Ron Ponoramio, www.airport.kr, www.visitkorea.or.kr