Nuffnang Code

Thursday, February 21, 2013

Cuti-cuti KOREA...Part IV

Salam Semua....lama dh aku tk update pasal percutian nih.. busy ngan keje..so tk sempat nk update..Ikuti sambungan seterusnya ok.. 
Pada hari berikutnya, aku telah pun pergi ke Namsan Seoul Tower. Perjalanan ke dari hotel penginapan ke Namsan cable car mangambil masa lebih kurang 30 minit dimana ianya termasuklah menggunakan perkhidmatan subway + jalan kaki mendaki bukit. Tak susah nk cari Namsan Seoul Tower nih sbb ianya merupakan salah satu tempat tarikan pelancong di Seoul. Terdapat beberapa pilihan hendak ke sana samaada menaiki Cabel Car, Bus ataupun Oreumi (Lift Condong) yang disediakan. Terpulang kepada anda...Macam kami memilih untuk menaiki Cabel Car dengan bayaran sebanyak 7,500 Won untuk perjalanan pergi dan balik. Terbaekk...

Untuk mengetahui lebih lanjut cara hendak ke sana sila rujuk link di bawah...

http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_6.jsp?gotoPage=1&cid=1197589&out_service=

N Seoul Tower
Nak sepak ape mannn....
Harga yang dikenakan untuk menaiki tower tersebut sekitar 8,000 Won. Kami tidak pun bercadang untuk menaikinya cukup sekadar menikmati keindahan dengan mengabadikannya dalam bentuk gambar.hehehe..

"Love Locks"
Di sekitar N Seoul Tower, anda akan dapat melihat beribu-ribu "Love Locks" yang disertai dengan kata-kata chinta.
Entrance to Teddy Bear Meseum

Selain dari itu, tarikan lain di N Seoul Tower adalah Teddy Bear Museum dimana ia menggunakan teddy bear yang cute2 untuk menceritakan tentang sejarah Seoul dari zaman dahulu hingga sekarang. Cuba la masuk sure tk nak balik...hahaha....Bayaran yang dikenakan tk mahal pun sebanyak 5,000 Won. Kalau nk lagi save better amik pakej masuk untuk N Seoul Tower + Teddy Bear Meseum = 12,000 Won jeh...


Setelah hampir 3 jam kami berada di atas, kami mangambil keputusan untuk ke lokasi seterusnya iaitu Myeongdong Street yang terkenal dengan jolokan syurga membeli-belah di Kota Seoul. Terdapat pelbagai gedung jualan termasuklah pakaian, makanan dan minuman yang dijual dengan harga yang bepatutan. So kalau nk beli barang tu pandai2 la tawar menawar yer...:)

Perjalanan pada hari tersebut diakhiri dengan menikmati Nasi Bryani di Restoran Little India Seoul yang terletak di Iteawon Street. MemangTerbaekkk...maklum la lapar makanan ala-ala Malaysia kan...so belasah je lar...sedap tk sedap lain citer...asalkan halal ok...

Terangkatttt siut..
Nantikan kisah perjalanan aku dalam part yang seterusnya ok.....lagi menarik wooo..kite ke team park pulak...hehehe...sikit je lagi ade 2-3 tempat je lagi aku nk citer...lepas tu kite masuk citer lain pulak k...adiossss....Wasalam...:)

Cuti-cuti KOREA...Part V

**Segala info yang diberikan adalah valid/sah pada masa perjalanan yang dimaklumakan sahaja..so rajin2 kan diri semak maklumat TERKINI sebelum bercuti k..

No comments:

Post a Comment