Nuffnang Code

Friday, March 13, 2015

Bercuti di KRABI, Thailand ~ Part II

Salam uols....lets kt sambung entry pasal trip we ol ke krabi nie..

Perjalanan hari ke-2 diteruskan ke Phi Phi Islands dengan menggunakan speed boat. Seawal jam 8.00 pagi kami dh turun ke lobi hotel untuk menunggu pick up daripada pihak Aonang Photo Travel yang akan membawa kami terus ke jeti di Aonang Beach...sebelum tu jgn lupe simpan barang2 yang perlu dalam waterproof bag dan waterproof phone cover..nanti tak pasal2 basah pulak kan..beg n phone cover tu ada jual kat sana..kalau nk beli pandai2 la cari yer..
Ready for Phi Phi Islands
Setibanya di jeti kami diminta berkumpul dan diberikan sticker bewarna mengikut travel agensi masing-masing tuk dilekatkan pada baju bagi memudahkan pihak agensi mengenalpasti visitor dibawah jagaan mereka. Mereka juga akan memberikan taklimat ringkas kepada kami sebelum bertolak tuk memastikan aspek2 keselamatan diutamakan sepanjang perjalanan pada hari tersebut.
Taklimat from wakil Travel Agensi
Mengikut tentative perjalanan yang dijadualkan dari jam 9 pg hingga 4 ptg tu , kami akan ke beberapa buah island iaitu Bamboo Island, Viking Cave, Pileh Bay, Maya Bay, Phi Phi Don Island, termasuk 2x snorkeling dan lunch. Perjalanan bermula dari Jeti Aonang Beach ke Phi Phi Island akan mangambil masa 45 minit...kami berpeluang dapat duduk bhgian depan boat sepanjang perjalanan walaupun terpaksa perangkan kulit di bawah terik matahari...dlm trip nie kami sempat bekenalan ngan kakak sorg nie bersama 2 org anaknye..so dr mula perjalanan sampai lah akhir akak tu join kt org skli...cakap pasal view SubhanAllah memang terbaik…so tak mau ckp panjang lebar ko org blh la layan pic2 yg sempat dirakamkan nie..
Selfie lg..
Crystal Clear.. 
Hentian pertama kami adalah Viking Cave..tp tk dibenarkan turun pun..cume dpt tgk n snap pic kejap je kat sini.
Viking Cave
Perjalanan diteruskan ke Koh Mai Pai atau lebih dikenali sebagai Bamboo Island. Pulau nie tk cantik sgt pun..biase je bagi aku..lg2 dgn kesan hakisan pantai mengakibatkan kemudahan kat sana rosak. Oleh kerana pulau ni pun salah satu pulau yang terkene tempias tsunami 2004 lalu banyak signage keselamatan diletakan supaya orang ramai lebih berwaspada dimasa akan datang.
otw to Bamboo Island
Bamboo Island
akibat hakisan ombak
Evacuation Route
Hampir 40 minit berada di Bamboo Island, kami seterusnya dibawa ke lokasi seterusnya iaitu Pileh Bay. Tersangatlah cantik kawasan nie..air yang menampakan dasar laut..perhhh terbaik..tp apakan daya kat sini kami tk dibenarkan turun. hanya dibawa pusing2 di kawasan sekitar je..hurmm..kami diberitahu kedalaman air kat kawasan tu lebih kurang 10-15 meter..
Long Tail Boat
Pileh Bay
SubhanAllah Cantik kan..
iklan Pepsi baru...hahaha
After Pileh Bay kami seterusnya dibawa ke tempat 1st snorkeling..itulah pengalaman pertama aku snorkeling dalam laut..perasaan takut memang ada..haha..tp aku tengok selamber je akak2 dlm boat tu terjun aku pun turut serta la..make sure pakai life jacket yer..kang ada yang tenggelam..hahaha..tp sayang kat sini aku tk sempat nk rakam pic time kt org buat kuak lentang sbb sume kamera dlm boat.
tempat 1st snorkeling
Seterusnya kami di bawa Maya Bay yang merupakan tarikan utama pelancong dalam Phi Phi Islands Tour. Pulau nie femes selepas The Beach lakonan Leonardo Dicaprio difilemkan pada tahun 1999. Tidak dinafikan memang cantik bay nie dengan pasir putih yg halus, colorful coral n fish dan semestinya clear water.. 
Welcome to Maya Bay
White Sand n Clear Water
Combination of color..luv it
sesi menghitamkan kulit..haha

Next destination is Phi Phi Don Island untuk makan..haha..lapar kut seharian main air...tuk makluman ko org Phi Phi Don nie merupakan salah satu kawasan yang terjejas teruk mase tsunami tahun 2004 lalu..kini setelah lebih 10 tahun berlalu ianya sudah dibangunkan semula.
Phi Phi Don Island
Masing2 lapar..haha
Tk sedap mane pun..blh la..dpt alas perot..
another side of Phi Phi Don Island
Alhamdulillah kenyang...next kami semua dibawa ke satu lokasi berhampiran Phi Phi Don Island tuk snorkeling kali ke-2..kali nie sangat menarik n best sbb air sangat2 jernih dan banyk hidupan laut blh dilihat dengan jelas berbanding snorkeling yg pertama tadi. ini merupakan aktiviti terakhir kami tuk Phi Phi Islands Tour sebelum meneruskan perjalanan pulang semula ke jeti..
2nd snorkeling..terbaikk
sempat lg selfie b4 jump dlm laut..haha
Best..nampak segala isi laut..Clear..
Tata..see u again..
Satu pengalaman yang menarik dan indah sepanjang perjalanan 1 hari tuh. InshaAllah ada masa akan datang pasti aku dan kawan2 ke sana lagi. ko org yang mana belum pernah pergi disarankan untuk berkunjung ke sana..tk rugi k...kalau blh ko org pergi la diantara  bulan Nov - April sebab time tu lah yang paling sesuai tuk island hopping di sana..
Pada sebelah malam kami berkesempatan berkunjung ke Night Markat di Pekan Krabi. lebih kurang 20 minit perjalanan..so far tk de ape sgt pun kat sini..biase je..tp blh la setakat nk beli souvenir n cuci2 mate..hihi..

Ok guys, tu jer nk dicerita dan dikongsikan dlm entry kali nie ...InshaAllah Part III akan menyusul sedikit masa lg....InshaAllah..Tq

Wasalam.

Pautan Pantas:-
Bercuti di KRABI, Thailand ~ Part I
Bercuti di KRABI, Thailand ~ Part III

**Segala info yang diberikan adalah valid/sah pada masa perjalanan yang dimaklumakan sahaja..so rajin2 kan diri semak maklumat TERKINI sebelum bercuti k..

5 comments:

  1. okey, tak sabar nak tunggu part seterusnya........

    ReplyDelete
  2. salam bro. hee sonoknye krabi james bond island ;p

    ReplyDelete
  3. island hoping ni brapa seorg yer?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm entry part I sy ada gi tau..saya ambil pakej dr hotel tempat sy menginap..rm 130 all in tuk 2 hari island hopping (phi2 island by speed boat n 4 island by long tail boat) but now may be harga naik sikit kut sbb duit kite kan tgh jatuh skrg.. pakej2 island hopping ni tk semsetinya beli kat hotel blh je cik beli kat kedai2 tepi2 jalan pekan aaonang tu..silap2 ada yg lg murah..tp bg saya tuk memudahkan baik beli siap2 dr hotel..so far rm130 tu sgt2 berbaloi...

      Delete