Salam..Hi apa khabar sume? So mcm mane raye ko org?? mesti best kan..lagi2 berat badan masing2 mesti bertambah kan...hahaha...almaklum ler kita kan masih lagi dalam mood raye..penuh ngan undangan open house sini sana..tk salah nk gi undangan tersebut asalkan kita tau nk jaga permakanan kite..hihih...
Baiklah...Entry kali ni merupakan sambungan daripada entry
Bercuti di KOREA!!! Part I . Walaupun ianya sudah pun berlalu almost 5 bulan yang lalu aku tetap nk kongsi pengalaman bercuti di sana ngan ko org...
|
Muke mengantuk...hihihi |
Hari ke-2 bersamaan 29hb. April 2012. Seawal jam 7 pagi aku dan man dh bangun untuk bersiap-siap bagi memastikan perjalanan kami pada hari itu berjalan lancar. Selepas menikmati light breakfast yang telah disediakan oleh pihak hotel, kami pun berangkat meniggalkan sebentar kamar tercinta...Langit cerah ditambah pula dengan cuaca dingin..perhhh terbaek...
|
Iman n Me |
Menigikut tentatif program yang telah dirancang, kami berdua akan melawat ke beberapa tempat bersejarah, monument dan shopping place di sekitar Seoul..antaranya
Gyeongbokgung Palace, Changdeokgung Palace, Cheongaye Plaza, Statue of Sejong the Great and Admiral Yi Sun-Sin dan Insadong. Kami amat bertuah kerana lokasi penginapan kami betul2 berhampiran dengan salah satu tempat bersejarah di Korea iaitu Changdeokgung Palace iaitu kira-kira 10 minit berjalan kaki dari hotel penginapan. Tiket masuk tak mahal hanya 3000 Won sahaja..So ko orang blh la layan pic-pic yang kami sempat snap sepanjang 1 jam kami menghabiskan masa di sana.
|
Changdeokgung Palace |
|
Ticket only 3000 Won |
|
Merenung masa hadapan..wkakaka |
|
Spring @ Korea |
|
Cewah... |
|
Sempat melompat yee |
|
Ayunye iman...huhu |
Selepas hampir 1 jam kita orang pusing2 kat dalam kami pun keluar untuk ke destinasi seterusnya iaitu Gyeongbokbung Palace...tempat ni lebih kurang tempat tadi jugak..tp yang ni lebih menarik sebab besar dan ramai orang. Harga tiket masuk pun sama 3000 Won.
|
Main Entrance Gyeongbokgung Palace |
|
Royal Guard Changing |
|
Man cepat la ketuk gendang tuh..lol |
|
Pagoda |
Selepas hampir 2 jam kami berjalan-jalan kat dalam, kami pun keluar untuk menuju ke lokasi seterusnya. kalau nk diikutkan masih banyak lagi tempat dalam Gyeongbokbung Palace kami tk lawati. Tp apakan daya masa itu emas.masih banyak lagi tempat untuk kami pergi. Cukuplah hanya sekadar pergi ke 2-3 tempat kat dalam tuh..Seterusnya kami bergerak ke Tugu Sejong yang terletak kira-kira 100 m dari pintu hadapan Gyeongbokgung Palace.
|
Statue of Sejong the Great |
|
Pewott cover ckt yer..wkaka |
|
Museum bawah tanah |
|
Fresh Tulip |
|
Statue Admiral Ye Sun-Sin |
Sejurus selepas itu, kami menuju ke Cheonggye Stream yang terletak tidak jauh dari Tugu Admiral Sun-Sin.
|
Insadong Street |
|
Cheonggye Stream at night |
Perjalanan hari ke-2 kami di Seoul diakhiri dengan kembali semula di Cheonggye Stream untuk melihat keindahan waterfall yang diterangi lampu pada waktu malam. sejurus selepas itu kami pun terus pulang ke hotel penginapan untuk membetulkan balik urat2 yang tersimpul dek kerana berjalan sepanjang hari.
Sekian sahaja coretan untuk kali ini. Insyaallah dalam masa terdekat aku cuba untuk habiskan part2 yang lain berkenaan percutianku di Korea. Nantikan sambunganya ok. Adioss...Wasalam..
**Segala info yang diberikan adalah valid/sah pada masa perjalanan yang dimaklumakan sahaja..so rajin2 kan diri semak maklumat TERKINI sebelum bercuti k..