Nuffnang Code

Monday, March 25, 2013

SINGAPORE Trip 2012

Salam kawan2...sihat??heheh..minta2 sihatla hendaknya...amin...

Dah puas bace pasal percutianku di South Korea kan..hehe.. kali ni aku nk kongsi pulak pasal travelog percutian aku dan my BFF di Kota Singa....Singapore Here We Come!!!!...
Iman, Shah & Aku
Untuk makluman, percutian nie sebenarnye tak dirancang seperti percutian2 yang sebelum ini...idea tersebut tercetus bile kami dgr citer drp kawn2 lain yang telah berkungjung ke sana...so kami pun apa lagi...decide la untuk gi ke sana dlam masa terdekat...nk rase sendiri pengalaman yang ada di Singapura lagi2 Universal Studio Singapore (USS) perhhhh...mengikut tarikh yang telah ditentukan untuk kesana kami hanya ada masa seminggu sahaja untuk uruskan segala persiapan termasuklah tiket flight, hotel dll....
Ready to Singapore
Thank so much Yen, sanggup hantar
 kt org sampai boarding gate...:)
bukan main riang si Iman nih...
Trip aku kali nie disertai 2 orang kawan baik aku iaitu Man dan Shah...kami memang merancang untuk menaiki flight memandangkan perjalanan yang agak jauh jika drive dari kl ke sana...lagi pun percutian singkat kan hanya 2H1M je...so buat letih kalau nk drive...haha...
@ Satellite Building KLIA 
Hari Pertama (29hb Sept 2012)
Seawal jam 6.30 pagi kami telahpun tiba di KLIA untuk memastikan kami tk terlepas flight...almaklum ler...1st flight awal pg from kl to Sig utk hari tersebut...so nk tk nak kene la sampai sana awal kan...kami memang saja amik 1st flight sbb kami nk kejar masa utk ke USS.. Perjalanan selama 50 minit memang tk terasa...rasenya br je takeoff td...lepas tu tau2 dh nak landing di Changi Airport.
Ini semue poyo...wkakaka
Selepas selesai immigration checking, kami pun terus ke USS...perjalanan dari Airport ke USS mengambil masa dalam 35 minit dengan mengambil MRT bermula dari Changi Airport Station -Tanah Merah Station - Outram Park Station - HarbourFront Station - Sentosa (USS). Untuk memudahkan perjalanan better ko org beli "Singapore Tourist Pass"...ianya lebih jimat jika dibandingkan membeli tic secara tunai..
Map MRT Singapore
Sangat2 berbaloi guna kad nih..
Sampai-sampai je di USS tu diaaaa...seperti yang dijangkakan orang mcm semut dh nampak...almaklum ler wiken kan...tp kami memang tk der pilihan dek kerana kekangan untuk memohon cuti pada hari bekerja...nk tk nak kene la pilih wiken....hahaha...padam muke  kite org terpakse beratur panjang...weee
Dahh sampaii...
Memang terbaek la USS nie..tk rugi bayar RM 160 untuk tic masuk...banyak permainan dan attraction yang boleh kite cube...antara yang menjadi pilihan hati adalah seperti 3D Transformer Ride, Dual Rollercoaster Ride, Revenge of The Mummy Ride and Jurassic Park Rapids Adventure...Memang best gilee....tk rugi tunggu lame2 pun..hahaha...
Akhirnye sampai gak kaki kat bebola besar nih...




One of  the best attraction in USS

die org nie duduk kat splash zone...kesian basah..

Far Far Away...
Selepas berhibur selama hampir 6 jam di USS, kami pun bergerak ke hotel penginapan kami iaitu Fragrance Hotel Emerald yang terletak di Gyelang. Memang terbaekk la hotel nie..tgk kat website nampak biase2 jer..tp bile dh masuk bilik die perhhh gempak siut..cuma lokasi hotel nie jauh sedikit dari MRT Station (Kallang)...so kalau yang datang bercuti bersama keluarga lagi2 ada anak kecil tanpa membawa kenderaan sendiri tuh disarankan untuk memilih hotel lain yer..kang sian pulak nk kene menapak jauh...kt org tk per gigih...hahahahha....
Our Accommodation
Hari Kedua (30hb Sept 2012)
Perjalanan pada hari ke-2 lebih tertumpu kepada melawat beberapa tempat lagi di sekitar town dan shoppinggg...hihihi... seawal jam 8 pagi kami bertiga telahpun check out untuk ke Merlion Park dan terus shopping di China Town.
@ Merlion Park

Esplanade Singapore
Marina Sand Bay
China Town merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan pelancong untuk membeli-belah barang-barangan seperti cenderamata dengan harga yang ditawarkan cukup2 murah..pelbagai barangan boleh didapati di sini...so tempat nie boleh la kalau nk beli gift untuk kawan2, family n buah hati...hahaha...
China Town
keletihan la tuh..

White Tiger @ Changi Airport Terminal 2
Selepas puas shopping di China Town, kami pun bertolak ke Airport untuk pulang ke KL..Bagi kami percutian 2D1N di Singapore sudah cukup memadai...Insyaaallah ada masa lain kita ketemu lg ya Kota Singa...Sekian sahaja entry untuk kali ini...moga2 ianya dpt memberi sedikit info dan gambaran kepada sesiapa yang belum menjejakkan kaki di sana...:)

Insyaallah dalam entry yang akan datang aku akan kongsi tentang pengalamanku bercuti di tempat lain pulak yer....so tungguuu..


Wasalam...:D

Nota kaki :
Kadar Tukaran Singapore Dollar pada September 2012 : 1 SGD = RM 2.52


Pautan Pantas:

SINGAPORE TRIP 2013



1 comment:

  1. Pakej Tempat-tempat Menarik di Singapura
    - Universal Studios Singapura
    - Singapura Marine Life Park
    - Singapura Flyer
    - Day + Night Safari di Singapura
    - Tempahan Singapura Marina Bay Sands Hotel
    - Tempahan Hotel Masa Perayaan Sentosa Singapura
    dan lain-lain

    Travel Delight
    http://traveldelight.biz
    QQ: 841-888-666
    ask@traveldelight.biz
    +65 6292-2221

    Hai, kami adalah agensi pelancongan di Singapura. Blog yang anda tulis sangat sempurna, gambar-gambar anda juga menarik dan cantik. Ia sangat berguna untuk tetamu kami. Bolehkah kami bekerjasama dengan anda?

    Kami mengharapkan balasan anda.

    ReplyDelete